.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Monday, April 05, 2010

MESIR- مصر


Ah senang sekali sekali tajuk ini. 3 huruf sahaja. Tetapi cukup mendalam maksudnya.

Mim م : Musibah
Sad ص : Sabar
Ra ر : Redha

-Sabarnya Musa AS dan Harun AS atas penyelewengan kaumnya; golden calf-

Ya bumi inilah saya berdiri dan berdiam sekarang. Atas bumi inilah saya bakal menghabiskan umur remaja saya. Atas bumi inilah juga saya membentuk diri, mengikut acuan pilihan saya yg saya kira paling cantik dan tiada tandingannya. Acuan Allah.

Pagi tadi ke pasar. Umumnya dipanggil 'suuk' sahaja. Perjalanan ke pasar menaiki teksi kerana van sewa yg kami panggil 'tremco' itu tidak kelihatan. Mungkin hari ini tidak ramai penumpang kerana hari Sham El Naseem- hari cuti seMesir. Selalunya giliran ke pasar bertiga, bergilir-gilir kami berenam ke pasar dua minggu sekali.



Dek kerana perayaan Sham ElNaseem ini, adatnya ikan masin dan telur sebagai juadah utama, maka gerai ayam di pasar lengang dengan pembeli. Kami bertekad membeli 6 kilo ayam sebagai stok bahan basah untuk 2 minggu. Yang seronoknya, ayam yg dibeli mmg fresh, time nak beli barulah disembelih. Tunggu punya tunggu, rupa-rupanya tuan kedai melapah ayam-ayam tadi untuk pelanggan yg membeli sekilo dua. Penantian kami terasa tidak berbaloi. Kalau begitu sampai bila lah pula mahu dapat 6 kilo ayam kami? Salah seorang daripada kami bertiga mempersoalkan penjual ayam. Mengapa didahulukan org lain sedangkan kami penat tercatuk di hadapan kedai? Kenapa? Kerana kami tidak memakai kot? Kerana kami ini pelajar? Kerana kami xada duit sebanyak golongan2 elit yang lain? Kerana mereka memakai kot dan kelihatan seperti orang 'besar-besar' maka terpaksa mendahulukan mereka? Apakah ini?!!

-Beratkah mizan kebaikanku di SANA nanti?-

Akhirnya dapat juga kami 6 kilo ayam setelah penat berbalah. Cadangnya mahu membeli di gerai lain, malangnya hanya gerainya sahaja yg menjual ayam pada ketika itu. Sabar, sabar. Itulah sahaja yang dapat dituturkan. Ya kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya tunggang-terbalikkan kedai ayamnya. Mahu sahaja saya menjerit depan muka penjual ayam itu dengan bahasa kesat.Secebis iman masih bersuara, menghalau semua bisikan syaitan yg berkerumun disekeliling kami.

Kami balik dengan perasaan bercampur-baur.Marah, kecewa dan benci. Benarlah, pasar tempat banyak syaitan berkeliaran. Seperti hendak pecah dada menahan amarah. Di sini, jika tidak bijak, boleh sahaja ditipu dek arab sewenang-wenangnya. Daripada sekecil2 serbuk halia hingga sebesar-besar rumah, semuanya mahu mengaut keuntungan. Persetankan hak pengguna. Tiada yang dapat kamu tegakkan di sini. Ya himpitan hidup kadang-kadang buat manusia lupa, terpaksa menipu untuk terus hidup.

Sesak dada bila memikirkan perkara ini. Ah, terasa mahu lari dari dunia ini. Sememangnya dunia mengikut undang-undang rimba. Yang kuat terus berkuasa, menindas yang lemah, yg tiada upaya, terus lemah tanpa daya. Di Mesir ini mudah sekali dilihat perbezaan kastanya.

Benarlah kata orang 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri'

-Jiran malizi sebelah rumah , tahun 1 07/08-

Mesir banyak mengajar saya erti sabar dan syukur. Suasananya, cuacanya, penduduknya, termasuk juga sistem hidupnya.Tidak tertanggung malunya saya jika saya berwarganegara Mesir, terpaksa membutakan mata atas tindakan Mesir yang menghalang saudara seakidah di Rafah mendapatkan perlindungan dan rawatan. Tidak tergambar bagaimana mahu survive di negara yang politiknya kotor tahap giga. Suara rakyat hampir pupus. Harta dan sumber negara diseleweng dan dimanipulasi sehendak serakah pemimpinnya. Ah, dunia, memang penjara!!

Penjara!

وعَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ » رواه مسلم

Dan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ((Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan surga bagi orang kafir)) H.R. Muslim.

Sekalipun Malaysia bak syurga, tetapi ia ujian juga. Penjara juga. Penjara bagi menundukkan hawa nafsu dan membentuk sifat hamba yang sebenar. Akhirat adalah tempat abadi, kebebasan hakiki.

-Madam Salwa, byk belajar erti sabar daripada 'kerani besar' Syuun tullab (student's Affair) ini-

Di atas adalah salah satu contoh diantara beribu contoh dan pengalaman lain yg terpaksa kami hadapi di bumi Mesir ini. Benarlah Mesir bumi unik. أم الدنيا (ibu kepada dunia; macam-macam ada) kata org. Manusia sebaik Musa AS ada, dan sezalim Fir'aun pun ada. Pilihlah acuan mana yg kamu suka, yang penting akhirat sebagai destinasi akhirnya.

Lahirmu bukan untuk DUNIA, tetapi DUNIA untuk kepulanganmu.

Hati ini perlu di didik lagi~


4 comments:

♥ Afeefah Zainal ♥ said...

huu..nampak sedang menahan amarah cik adik huda ni..

bagus juga cerita camni,at least sape2 yang tak pernah dok sana ade idea ttg cara hidup/ suluk diorang..

sabar itu lebih manis dari bermasam muka.. hee

rerajin la share kehidupan kat sane ye..

saza s said...

salam ziarah kak hood
lama benar tak meninggalkan 'dakwat' di sini...

sedang mencari idea untuk memperihalkan mesir ini...alhamdulillah kak hood ngan kak husna sudah menunjukkan jalan

mesir biarpun bukan pilihan hati tetapi meninggalkan kesan...

semoga kita mampu memilih antara kekafiran firaun dengan keimanan Musa a.s.

gambatte kudasai utk round exam~

hood@sunny said...

to Afeefah: Ya Rasulullah berpesan sebanyak 3 kali tentang ini: لا تغضب!

Payah sekali kerana darah bugis ini rendah tahap didihnya T-T

to Saeed: Pengalaman adalah sebaik-baik guru. Mesir bukan pilihan hati, tapi pilihan Allah.Lagi.. dia(MESIR) ajar pasal Redha. :)

Moga Allah redha sama kamu semua..

sinar_islami said...

=) moga Allah terus mendidikmu wahai sahibahku