.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Wednesday, April 28, 2010

Woman and hers


Wanita diciptakan sungguh istimewa. Fitrahnya lemah lembut, tapi semangatnya kental perkasa. Daripada rahimnya lahir tokoh pemimpin dunia. Dengan tangannya terdidik anak bangsa. Tidak harianlah jika kamu ingin melihat masa depan sesuatu negara, lihatlah pada pemudinya.

-METRO, hadiah Hosni kepada rakyatnya-

Tahniah kepada KTMB kerana berjaya menjadikan gerabak khas untuk wanita. Berita di [sini] Di Mesir, keadaan ini ialah perkara biasa. Gerabak LRT yang kami panggil METRO di Kaherah ada disediakan khas untuk kaum wanita. Tram di Iskandariah juga ada menyediakan gerabak untuk wanita. Cuma konduktor tram adalah lelaki. Jika ada lelaki yang tersesat atau sengaja masuk ke gerabak wanita, mereka akan segera dihalau dengan bersungguh. Seakan punya stigma, lelaki sangat aib jika memasuki gerabak wanita.

-Lissayyidaat faqad. Hanya LE1 utk ke mana-mana destinasi sekitar Kaherah-

Pertama kali merasai kelainan bumi Mesir apabila menapak keluar daripada Malaysian Hall, Cairo, setelah seharian berkurung kebingungan (sebelum kami di bawa ke Tanta dengan bas). Kami berempat dibawa ke kawasan di mana kebanyakan pelajar Malaysia jurusan Perubatan tinggal (sayyidah zainab) oleh seorang senior tahun 2 Universiti Kaherah. Itulah kali pertama merasai betapa istimewanya wanita diberi gerabak khas, diberi line khas utk membeli tiket LRT, tidak perlu bertolak dan bersesak dgn kaum adam. Melongo kami seketika. kemudian kami di beritahu pula bahawa kaum adam, akan berlari-lari mengejar bas dan akan melompat utk turun darinya. Sedangkan bas akan berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang wanita. Sweet kn? Tapi hal yang lain pula berlaku jika berebut van sewa (tremco). Bagaimana? Perlu datang ke mesir untuk anda lihat sendiri. ^__^

Selepas beberapa hari tiba di Tanta, kami terpaksa ke Kaherah semula atas urusan Visa. Kali ini di ketuai senior daripada Tanta. Senior kami hanya ada 4 orang dan kesemuanya adalah lelaki. Kenapa? Kerana kamilah batch pertama Malaysian student versi perempuan jurusan perubatan di University Tanta.

-Pagi Kaherah selepas waktu puncak-

Jadi, untuk ke Tahrir (tempat membuat dan mengecop Visa) kami perlu menaiki METRO. Tanpa banyak soal, kami terpaksa mengekori senior masuk dan berhimpit di dalam gerabak lelaki. Nyatalah kami seperti tikus dalam kawanan gajah. Ketika itu, tiada apa dalam fikiran kami kecuali untuk selamat sampai di medan Tahrir tanpa tersesat. Naya jadinya kalau tersesat di bumi yang asing ini. Hampir tiba di hentian Tahrir, salah seorang senior kami berteriak, " 1...2.... rempuh!!! Pintu gerabak METRO terbuka, kami akhirnya berjaya keluar daripada kesesakan dlm METRO tanpa berpijak tanah~!! Dibawa keluar daripada METRO dengan arus manusia.

-Buku rekod, xambil yang lelaki, kerana tiada keistimewaan di rekodnya-

34. men are the protectors and maintainers of women, because Allah has given the one more (strength) than the other, and because They support them from their means. Therefore the righteous women are devoutly obedient, and guard In (the husband's) absence what Allah would have them guard. As to those women on whose part ye fear disloyalty and ill-conduct, admonish them (first), (Next), refuse to share their beds, (and last) beat them (lightly); but if They return to obedience, seek not against them means (of annoyance): for Allah is Most High, great (above you all).

34. kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar. [An-Nisa': 34]

Ya wanita itu perlu dilindungi, utk dia melindungi. Round Public Health & Community Medicine tamat 2 hari lepas. Masih terngiang-ngiang Maternal Heath Program yang dibuat khas untuk Kaum wanita. Kenapa? Kerana wanita adalah vulnerable and vital group. Setuju? Komponen program ini menjaga kesihatan wanita daripada sebelum lahir, selepas lahir, sebelum berkahwin, semasa mengandung, semasa bersalin, sehinggalah selepas bersalin. Dan kitaran itu berterusan. Yang canggihnya, kad kesihatan kanak-kanak perempuan di Mesir mencatat rekod lengkap. Daripada kelahirannya, vaksinasi yang diambil, tumbesarannya, sehinggalah wanita itu berkahwin dan melahirkan anak~!! Tidak seperti di Malaysia, rekod kesihatan bayi hanya setakat umur kanak-kanak sahaja.

Saya seronok bercerita perihal wanita. Tidak hairanlah Al-Qur'an punya surah khas bernama An Nisa' (tiada berbau femenisme ok..) Bulan Mei semakin hampir. Bunyi sahaja 'MEI'. Sebutannya lembut, manja, sesuai dengan hari ibu dan hari guru. Selamat hari ibu dan guru buat ummi tercinta. Everyday is mothers day. And everyday is teachers day.

Ummi madrasah pertamaku.. ^__^

Tahniah KTMB kerana sensitif dgn naluri wanita.

4 comments:

janas said...

wish LRT and ERL here, do have special places for woman ^O^

Nabil MJ said...

salam

Baru mengetahui yang mesir sudah lama mengasingkan gerabak lelaki dn perempuan.

Tq 4 the info.

nurizbhr said...

nak merasa hakikat sbnr kena berpijak kat bumi mesir sendiri..

'keratapi ayam' alex pun dh khususkan gerabak first utk sayyidat.. time zahma xla kena berhimpit dgn pak2 arab.. huhu

hood@sunny said...

to jannah: wah~ sudah rindu malaysia

tapi komuter tu pink sgt laaa

to nabil: yup, bercerita ttg mesir, macam-macam yg lainnya dgn Malaysia.

to izzah: really? a new improvement.. (nampak sgt dah lama x g alex :P)