.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Wednesday, December 08, 2010

Galas


-Habis, siapa punya?-

Anda pakai beg galas? Beg galas bagaimana yg anda suka? Ada orang yg suka beg sandang tepi, ada yang suka beg galas belakang tapi digalasnya sebelah sahaja, ada juga yg silang, beg bimbit, beg tarik beroda...Macam-macam stail orang menggunakan begnya. Saya suka beg galas belakang a.k.a bagpack. Sebab dia ada 2 bahagian untuk digalas, kanan dan kiri. Weight of bag distributed throughout the shoulder. Xde lah berat sebelah atau senget sebelah kn? Selain itu, cara ini juga baik untuk tulang belakang dan bahu berbanding beg sandang tepi. Ada betulkah? ^____^

Selesai mengundi untuk pilihanraya kampus pelajar PERUBATAN Malaysia-Mesir, Tanta. Semoga ahli jawatankuasa yg terpilih bekerja sebaiknya, seikhlas mungkin dan punya matlamat dakwah. (mengajak semua ahli kepada Allah) Jika tugas sebagai AJK pembantut gerakan menyeru kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka sia-sialah penat lelah, masa, keringat dan airmata anda. Ingat, dakwah dan study bukan macam jongkang-jongket. Janganlah yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran pula. Tawazun - seimbang, itulah sepatutnya peribadi seorang Muslim.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه

Jumaat ini keputusan pilihanraya akan keluar. Biar apapun keputusannya, kepada yang terpilih, laksanakanlah tanggungjawab anda, kerana kita semua akan ditanya akan masa muda kita, ke mana kita habiskan ia. Bagi yg tidak tercalon dan tidak terpilih. Jangan sedih. You don't need a title to be a leader. Sekurang-kurangnya jadilah pemimpin kpd diri sendiri. Buatlah terbaik utk diri sendiri dan sahabat sekeliling.

-Mesyuarat Tahunan Cawangan tahun lepas-

Jawatan, ada apa padanya? Famous? Diberi perhatian?

Tidak perlulah berbangga kerna

" jawatan itu akan jatuh kpd mereka yg tidak memintanya, tetapi layak menyandangnya."
[status salah seorang calon]


P/s: Hanya mahu melihat Islam diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.



Lillah Billah
Malam Pengundian
Ma3rad Tanta

7 comments:

AA said...

bukan sekadar dlm persatuan huda..tp dlm usaha menggerakkan kerja2 dakwah dlm jemaah pun, x perlu ada title bru nk buat kerja..tp itu la yg berlaku dlm organisasi kite ni..kdg rse sdh pun de..msg2 de tarbiyah de fikrah, tp tindakan dan amalan msh sprt org2 kebanyakan..

yg x diberi ape2 post, seolah2 menikus diri dr terlibat dgn kerja2 islam...bila ditye nape x turun pdg? jwpn.'ana x de ape2 jwtn dlm kerja ni',..then dr sudut lain pula, bila ada yg nk menghulurkan bntuan mmbntu mne yg ptut, timbul pula ckp2 blkg 'dia tu x de jwtn ape, nape nk turun sbuk2 buat kerja?'.haih la..mne pergi nye nilai2 yg diterapkan dlm tarbiyah??

hood@sunny said...

utk bergerak perlu kepada kemahuan, untk mahu, perlu kpd kesedaran, utk sedar, perlu kpd hidayah, utk dpt hidayah perlu kpd usaha, utk berusaha perlu kpd ilmu, utk berilmu, perlu kpd bergerak.... and the cycle continues ^___^

Yg penting ikhlas~

Kita bekerja dgn manusia, bukan malaikat kn? Semoga proses T & D senantiasa berjalan, biar lambat geraknya..

Abe Am said...

masalah kan jadi lebih besar bila masing2 mula mencari perbezaan antara setiap jemaah...
mungkin kerana masih belum faham tujuan join jemaah...
teringat satu post dari ustaz hasrizal, jemaah hanya keperluan, tapi dakwah adalah tujuan...
mungkin perlu jernihkan fikiran semasa berdakwah...
kadang2 kena tanya balik diri kita..
adekah kita bergerak kerna kita taksub jemaah?
atau kenapa?

*nasihat yg dituju khas pada diri sendiri...

adeqs comeyll said...

kak uda..mcm kenal ayat seorg calon tu..haha~

hood@sunny said...

Abe_am: try to search for similarities, it helps a lot.

Adeqs_comeyll: quote ayat org je reti.. (kita ahli biasa ^__^)

Ops, keje kene luar biasa~

Anonymous said...

"Weight of bag distributed throughout the shoulder. Xde lah berat sebelah atau senget sebelah kn? Selain itu, cara ini juga baik untuk tulang belakang dan bahu berbanding beg sandang tepi. Ada betulkah?"

syumul said --> setuju3x

sedang mempraktikkan ape yg kak uda buat dg beg putih akak tu terhadap beg cream saya... mohon doa lagi, exam aje skg sampai nak termuntah.hihi.
cemane plan kita this winter break?

hood@sunny said...

dan beg putih tu dah tertinggal dlm taxi di syria T-T dan segala isinya~