.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Saturday, August 02, 2008

The Endangered Species


Lelaki

Dulu,

Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki, Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,

Ramainya, boneka Yahudi.


Dulu,

Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,

Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki pengkhianat, perogol bersiri.

Dulu,

Bila seorang wanita teraniaya,

Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,

Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,

Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,

Tiada siapa berani menggoda,
Kini,

Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,

Wanita dibiar bebas, binasa.


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,

Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.


Dulu,

Lelaki bermatian mencipta sejarah,

Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.


Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunnurain mati terbunuh,
Kini,

Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,

Hingga sanggup membunuh.


Dulu,

Lelaki bersatu menghadapi musuh,

Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,

Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,

Pada kelelakianmu,

Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

Srikandi,

Damsyik, Syria.
Syabab Musafir Kasih-Fatimah Syarha Mohd.Noordin

-credits to deviantart.com-
Bait2 katanya betul2 mencerminkan sang maskulin era pascakenabian dan perbandingannya dgn pemuda era alaf ke-21. How was it guys? Nodding or defending? Apa2 pun bukan semua lelaki sekarang x boleh diharap. But the fact is, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

Saya: Sekarang susah betol nak jumpa lelaki yg betul2 LELAKI kan yah kn? Kat U*** tu, sampai lecturer pun dah xlarat nak tengok lelaki 'gentleman'. Lembut.Macam2 alasan bila ditanya kenapa jadi macam tu. Ada yg sebab nk diterima berkawan dan rapat dgn geng2 perempuan(yg rata2nya mendominasi ipt skrg ni), dan ada jugak yg mmg teringin jadi perempuan.Mungkin pengaruh feminisme yg semakin lantang bersuara.

Ayah: -senyap

Saya: Lelaki sekarang x leh harap. Dari sekecil2 budak sampai orang tua. Kerja sekolah tiru budak perempuan, nota kuliah mintak kat perempuan, sampai kerja kosong pon, siap iklankan 'operator perhubungan wanita'.

Ayah: Ye lah, lelaki sekarang x nak usaha. Tau kenapa orang byk ambik perempuan bekerja?

Ummi: Sbb perempuan lebih detail kerjenye. Tangan lelaki kan besar2, kalo keje kat kilang tu, abis rosak sume part2 yg kecik tu.

Ayah: Sbb lelaki terdedah dgn rasuah, pangkat. Perempuan, duit bukannya penting sgt, abis beli barang dia dah la.Pangkat pon bukannya nak sangat. Lelaki ngan dadah lagi, tarikan perempuan lagi. Tarikan perempuan ni bagi laki, ko tau x? x pernah habis. Sampai bila2 pon x habis.

Ummi: Tu yang atok yek kate, lelaki kene berjaga2 dgn 3 TA. harTA, takhTA, waniTA.

Saya: Lagi satu, bila ummi cite pasal tok yek teringat nenek cite.."Tok yek ngko tuh, dia kata 'kalo aku, kalah ngan perempuan MATI aku' hehehe (nenek tertawa bila teringatkan kisah itu)"

Lelaki dahulu betul2 menjaga kedudukannya dalam organisasi keluarga, kedudukannya dalam masyarakat. Sempat saya berdiskusi pendek dgn makcik saya, kebetulan menziarahi keluarganya pulang dari kampung hari itu. Antara sebab2 lelaki tidak menjadi LELAKI lagi pada hari ini, menurutnya adalah kerana salah faham fungsi dan tanggungjawab masing2. Tidak adillah hanya menunding jari pada kaum lelaki sahaja apabila keadaan ini berlaku, bukan? Perempuan melaung2kan hak keadilan sama rata. Dan psikologi BEBERAPA lelaki, menurut analisa dan pengalamannya(makcik), golongan lelaki akan berundur jika dicabar oleh kaum bukan sejenisnya.

"Haa, ngko nk tunjuk pandai sgt kn? ko buat la sendiri!"

MANA BOLEH!Bg saya, itu pengecut namanya!Lelaki sepatutnya menjadi ketua, pencari nafkah keluarga. Tetapi kini di kebanyakan syarikat, sekolah, sektor awam dan swasta sudah dimonopoli golongan hawa. Mana silapnya?

Kembalilah merenung, muhasabah kembali fungsi masing2. Perempuan tempatnya di rumah, lelaki yg layak keluar mencari nafkah. Namun, x dpt dinafikan jika perempuan harus bekerja untuk menampung keperluan keluarga dek hambatan meterial dan dunia.

Saya: Habis, kami ni sbg bakal doktor macammana pulak?

Makcik: Sebagai doktor wanita, bukan x boleh bekerja. Itu mmg kes wajib keluar bekerja utk membela nasib wanita. X kan nk bagi lelaki kot.Tetapi niat hanyalah untuk membantu manjaga kebajikan muslimah, kebajikan wanita. Bukan bekerja dgn niat mencari nafkah.

Panjang lebar pula entry kali ini. X bernilai rasanya tanpa kalamullah atau sunnahnya sebagai dalil. Buat renungan ~ An Nisa' : 34-37




Fikir-fikirkanlah dgn mata hati dan iman.

"Lelaki rasional hanya lelaki yg beriman" [falsafah harian husna ^ ^]

Wallahua3lam...

3 comments:

Anonymous said...

dimanakah para syabab yg ku cari2..yg mampu memimpin tgn2 ummah menuju Illahi..mantap post ni anti!Tapi jika tiada penggerak,bagaimana ya?Kita juga kekurangan syabab yg mampu menggerak plajar2 di IPT..jika ada hnya dikawasan lembah klang..kt kwsan lain kurang..teringat pulak kat adik ana di sri iskandar..hehe

hood@sunny said...

Penggerak adalah kita sendiri, adik beradik kita. Tak perlu menunggu orang lain. Tp kita bukan syabab? Ya, mmg.Tidak bermakna tanggungjawab menyampaikan islam terlepas dari bahu kita kn? Perbaiki diri dan ajak org lain. Serulah syabab2 yg lain. moga ada penerusan tarbiyah dan dakwah dari generasi terdahulu.

Anonymous said...

Betul..kita yg patut jd penggerak..jazakillah khairan ukhti..:)