.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Saturday, August 16, 2008

Nikahun Mubarakun


Apa yg ada pada sebuah perkahwinan?

1. Pengerat silaturrahim antara keluarga.

2. Hebahan ttg pembinaan 'masjid'. Jika tidak fitnah akan tersebar rata.

Rasulullah saw bersabda: " Tiadalah aku tinggalkan setelah aku selain fitnah yg berbahaya bagi lelaki daripada wanita" (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi & Ibnu Majah)

3. Jalan yg menghalalkan yg haram.

" Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yg keji dan jalan yg buruk" [Al-Isra':32]

4. Melangsungkan percintaan yg bermaruah.

Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada yg lebih patut bagi 2 org yg saling mencintai kecuali nikah" (Riwayat Ibnu Majah)

~Merpati 2 sejoli~


Simboliknya perumpamaan ini, sepasang merpati membawa simbol kebebasan. Bebas daripada belenggu zina, bebas dari bisikan syaitan dan runtunan hawa nafsu. Benarlah firman Allah:

" Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan, kecuali nafsu yg diberi rahmat oleh Tuhanku." [ Yusuf:53]

Dari Abu Huzaifah r.a, dari Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah swt menetapkan utk anak Adam bahagiannya dari zina, yg pasti akan mengenainya. Zina mata dgn memandang, zina lisan dgn berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yg akan membenarkan atau mendustakan semuanya." (Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Tentang zina juga Rasulullah saw bersabda lagi:
"Kedua-dua tangan juga berzina, dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman." (Riwayat Muslim & Abu Daud)

Dan tarikh 16 Ogos 2008 menjadi saksi pembebasan 2 insan, Asma' Abdullah dan Ahmad Syazwan Ahmad Nordin di Yan, Kedah. Sekali lagi, jemputan ini tidak dapat saya penuhi gara-gara berlangsungnya 5 majlis perkahwinan di kawasan sekitar rumah saya. (Sedih & rasa bersalah pon ada)

Buat pasangan mempelai (bakal mempelai pun boleh :P) ingin saya kongsi sedikit isi dari makalah Mustafa Masyhur berkisar tajuk
"Tegakkanlah Rumahtangga Muslim". Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.

1. Perkahwinan itu adalah ibadat.

Meneruskan misi keberadaan kita didunia.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu." [AzZariyat: 56]

2. Perkahwinan itu adalah saling percaya mempercayai.

Asas rumahtangga bahagia salah satunya adalah sifat saling mempercayai. Bertitik tolak dari sinilah keserasian dan 'understanding' wujud. Akhirnya perkara halal yg paling dibenci Allah dapat dielakkan.

3. Perkahwinan itu adalah syarikat yg dipimpin oleh sang suami.

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka". [An-Nissa’: 34]

4. Perkahwinan itu adalah tanggungjawab dan amanah.

"Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..."[At Tahrim : 6]

5. Rumahtangga muslim itu merupakan risalah.

Rumahtangga Muslim merupakan pusat aplikasi pendidikan dan kefahaman Islam dari peringkat sekecil anak hingga sebesar-besar tanggungjawab seorang ayah.

6. Rumahtangga muslim sbg markaz memancarnya cahaya.

Setiap ahli keluarga memainkan peranan sekaligus membawa mesej Islam ke kawasan kejiranan, sekolah dan tempat kerja. Dari sinilah Islam boleh berkembang dan tertegak!




Akhir kata, salam mahabbah dari saya buat pasangan pengantin. Moga rumahtangga yang dibina sedaya upaya menjadikan dasarnya taqwa dan tiangnya kasih-sayang. Gegarkanlah dunia dgn kombinasi keupayaan antum. Moga dipermudahkan segalanya!~

Wallahua3lam..

6 comments:

sinar_islami said...

he2 cepat tul...
ana suh adek cop tarikh sbb ana still kat utara..tapi tak berjaya lak..aih..hood lak cepat..tak pe2..

hood@sunny said...

wsalam, cop tarikh? utk apa tu? haaa ada berita yg rahsia ke?

psst... bitao ana sorang je laa..

eMan said...

ehehee~ haa.. apa rahsia2 nie.. aish2.. ;)

Anonymous said...

aih..ana tgk kad jemputan ingatkan nurul huda sani nak walimah :p

hood@sunny said...

:D ana walimah?
xkn xbitao nt... hehehhe
xdan nk kecik ati kn?
alhamdulillah :P

hood@sunny said...

Iman, biarlah rahsia..hhahahha
(btw, uda pon xtau nih..musykil2)