~Menunggu Mcik cleaner membersihkan lantai wad. Hanya dgn air sahaja sehari-hari~
Cuti Hari Polis seMesir. Terfikir, kenapa tidak lanjutkan sahaja cuti hari ini supaya cuti musim sejuk lebih dari 2 minggu? Esok akan hanya ada sehari sahaja utk ke kuliah. 27 hb nanti hanya ada pembentangan dan esoknya, bermulalah cuti musim sejuk untuk kebanyakan universiti di Mesir. Ura-ura akan diadakan demonstrasi hari ini tidak saya pedulikan.
Cuti amat berharga bagi pelajar2 jurusan Perubatan di Tanta. Terutamanya apabila hanya ada satu hari bebas kuliah dan pusingan klinikal (clinical round) dalam seminggu! -__-. Jadi hari ini saya peruntukkan utk menyelesaikan hal-hal rumah dan tangga serta nota-nota kuliah. Hari utk bermalas-malasan juga! yeah~ Eh.. tapi dalam jadual kuliah, sepatutnya kami ada round dan kuliah yg perlu dihadiri hari ini. Madam Faizah, setiausaha Internal Dept awal-awal lagi dah 'warning' bahawa hari ini cuti seterusnya menzip mulut kami. Orang kata cuti, cutilah.. buat apa persoalkan lg?? ^__^
-Isi buku ini hanya area 50% pembelajaran, bakinya didalam round & kuliah-
26 Jan 2011
Kuliah dan round berjalan seperti biasa. Hari ini hari terakhir round Rheumatology. Macam x percaya sudah melalui 2 subjek termasuk Cardiology. Saya masih terkial-kial men'tackle' subjek Internal Meds yg dikatakan keseluruhan Medicine itu sendiri. Pendapat agar tidak diadakan quiz semasa cuti disokong hampir seluruh kelas. Bermakna? Nikmatilah cuti musim sejuk anda, kerana Internal Medicine Quiz bakal menjengah selepas kuliah dibuka! (Maknanya cuti-cuti pun kena baca buku juga -__-! )
Tidak terdengar pula berita tentang demonstrasi. Mungkin kerana peti bodoh itu tiada di rumah kami. Tidak terasa kepentingannya kerana internet sudah ada. Walaupun hospital Universiti Tanta terletak hanya ditepi Syari3 Bahr itu, suasana sibuk tetapi aman seperti hari-hari biasa. Ah, seperti demo membantah penutupan sempadan Rafah dan Kekejaman Israel terhadap Gaza barangkali. Dalam kepala tergambar sepanduk2, kata-kata hebat dan laungan-laungan penuh semangat. Malas mahu masuk campur. Ke Syari3 Bahr pun tidak hari ini. Sempat hantar birthday message utk ARMS. Dah 23 tahun eh awak ^__^
27 Jan 2011
Pembentangan tentang penyakit sendi oleh 3 orang kawan. Kasihan mereka dihujani soalan saya yg entah apa-apa. Banyak sgt soalan sebab malas membaca buku Dept. Berpinar-pinar mata saya melihat buku Dept. Sebab itu saya suka dan rajin ke kuliah. Sebab xperlu baca buku 'itu'..hehe..tadah telinga sahaja.
-Mereka mangsa pemerintah yg tidak mengambil Islam sbg tatacara hidup, mengemis dan batin tersiksa-
Twitter blocked. FB pun macam chipsmore. Dunia saya jadi sepi seketika... Dahsyat sgt ke demo kali ini? Membantah kenaikan harga barang dan pengangguran berlarutan, sesuatu yg munasabah. Tersepit sungguh kehidupan rakyat Mesir. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Bayangkan rata-rata gaji seorang pensyarah medical student lebih rendah daripada elaun sara hidup bulanan pelajar-pelajar tajaan Agensi Kerajaan Malaysia! Tidak hairan mereka gigih bekerja siang malam untuk mendapatkan side-income. Pagi menjadi doktor dalam masa yang sama sebagai pensyarah di Hospital Universiti. Petang dan malam pula menjadi doktor di hospital swasta atau klinik yg dibuka sendiri. More than 3 decades they strive, struggle and survive. Jurang antara si kaya dan miskin sangat luas. Kebanyakan rakyatnya hidup dibawah paras miskin. Mahu tunggu sampai bila? 2-3 dekad lagi? Ingat suara rakyat tidak boleh membawa apa-apa? Mari kita tunggu dan lihat!
28 Jan 2011
Alhamdulillah dgn nikmat usia, hari ini saya mampu mencelikkan mata dengan umur saya genap 22 tahun. Terima kasih Ummi kerana susah payah lahirkan dan bela saya sampai la ni dah jadi anak dara. Tiada resolusi baru tahun ini. Sekadar menyambung resolusi tahun lepas.
Secara rasminya, bermulalah cuti musim sejuk kami. Pagi kami dikejutkan dgn kemudahan internet terputus. Wah, ini sudah lebih! Dasar pemerintah penakut! Alah, xbolehla nk kol family... Selepas berbincang hangat ttg isu semasa Mesir dgn ahli rumah, masing-masing menyelesaikan tugas2 yg tertangguh. Kemas2 beg dan barang2 utk ke Syria dan Jordan. Kemudian jaringan telefon pula diputuskan. Kami bungkam. Sudahlah.. itu sahaja sumber maklumat dan penyambung kami dengan dunia luar yang tinggal. Alhamdulillah urusan ke Syria sudah diselesaikan sebelumnya. Tidak bertangguh itu amat melegakan!
Menati debaran kembara dataran syam esok! Oh, hati ini berbaur rasa~
No comments:
Post a Comment