.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Friday, March 25, 2011

Cerita Hari-Hari Rusuhan 5


3 Feb 2011

Pagi-pagi lagi kami telah bertolak ke perhentian teksi untuk ke Amman, Jordan. Selepas berbincang dgn Pcik teksi ttg bayaran dan segala hal berkaitan imegresen, (sbnrnya musyrif kami yg uruskan :P) dgn pasrah dan tawakkal, kami menapak masuk ke dlm teksi. 2 teksi membawa kami daripada perhentian yg namanya tidak diketahui ke sebuah lagi stesyen teksi, di persempadanan Syria-Jordan. Sudah, mahu dilarikan ke mana kami ini? Cuak juga. Ada pertukaran pemandu teksi di situ. Selepas mendapat tiket (mungkin boarding pass) pemandu teksi pun meneruskan perjalanan. Bagaimana suasana dan keadaan Amman pun xpernah terlintas dek kepala dan mata hati saya ini.

Setelah hampir sejam, kami pun sampai di sempadan Syria-Jordan, pejabat imegresen. Di situ kami perlu membayar SYP500 seorang untuk cukai! Alhamdulillah saya tidak berbelanja sakan di Suuk Hamidiyah kelmarin dan urusan pasport kami berjalan lancar. Bila nak sampai Amman ni? Saya tidak dpt tidur sepanjang perjalanan dek kerisauan. Tak lama selepas itu, kami tiba pula di sempadan Jordan-Syria. Apa punya banyaklah pejabat imegresen ni!

-Pintu gerbang sempadan Jordan-Syria-

Di sini beg2 kami perlu dibawa keluar dari bonet kereta dan dibuka. Dgn muka tidak bersalahnya, saya senyum kpd Pegawai imegresen itu :) Kemudian, kami masuk ke pejabat imegresen Jordan utk mendapatkan visa yg berharga JD20 = LE140 pada masa itu. Selepas berpuas hati dgn kecanggihan 'iris reading' dan stem visa yg lawa di pejabat imegresen, kami pun mencari-cari teksi kami. Sudahlah teksi semua serupa, no plat xdiingati, muka dan nama pemandu teksi pun kami tak tahu! Selepas menjenguk2 di kedai2 berhampiran, maka dgn izin Allah, jumpalah kami dgn pemandu dan teksi kami dan terus lah kami ke Amman. Semoga selamat hendaknya..

Sampai di Amman, Syriatel x boleh nk roaming!!!!!!! @-@ Sekali lagi kami diuji. Macam mana nk inform musyrif di Amman? Dengan sesuka hatinya, pemandu teksi menurunkan kami di tepi sebuah syarikat pelancongan di Amman. Di'kapak'nya kami dgn menambah JD3!! Maka dgn komunikasi yg tidak berapa baik, dan disebabkan terbiasa 'bergaduh' harga dgn Arab Mesir, dapatlah kami membayar dgn harga yg kami setujui dgn pemandu yg sebelumnya ^___^. Mungkin kami perempuan, ditambah-tambah dgn hujan, pemandu teksi itu sejuk hati dan mudah mengalah. Alhamdulillah Kau permudahkan~ Pegawai di syarikat pelancongan seperti dapat membaca masalah kami. Dgn senang hati dia menawarkan diri menelefon musyrif supaya menjemput kami. Cepat sikit dtg, ni ada 6 org anak gadis kesejukan sini!


Tak lama selepas itu musyrif pun dtg, Alhamdulillah. Kami di bawa ke Hotel dan dibekalkan periuk nasi! Soalan pertama kami: Selamatkah Jordan? Dgr2 api revolusi Mesir merebak ke Jordan? Musyrif pun dgn bersemangat menceritakan perihal kestabilan politik semasa Jordan dan secara ringkas tentang pelajar-pelajar Malaysia yg menuntut di sini. Ya benar, mereka tidaklah seramai penuntut Malaysia di Mesir, hanya ratusan. Di Amman sahaja hanya puluhan orang. Paling ramai di Irbid. Ramai kawan-kawan saya ada di sini. Sedara pun ada. Sempatkah nk berjumpa mereka? Bila berbincang ttg keberadaan kami di Jordan dan tentatif lawatan, kami menemui jalan buntu lagi. Kemanakah kami selepas Jordan? Pulang ke Mesir seperti termaktub dalam tiket kapalterbang, atau menetap di Jordan sehingga Mesir kembali pulih? Pulang ke Malaysia terus drp Jordan tidak menjadi pilihan kami kerana masing2 tidak punya ongkos pak! :P

Jadi, sebagai salah satu usaha, mlm itu musyrif membawa kami ke kediaman Director of Malaysian Student Department (MSD) Amman utk sama-sama mencari jalan keluar dan membuat keputusan. Pengarah kemudiannya menghubungi pegawai MSD Cairo, namun beliau tidak dpt memberi kata putus berkenaan status kami. Mlm itu, kami berpendapat, akan sentiasa mengupdate drp musyrif yg berhubung baik dgn pengarah. Dihidangnya kami bihun dan nasi buat santapan malam pertama kami, yg bergerimis di Amman. Rupa-rupanya Tuan Pengarah dan isteri adalah graduan Universiti AlAzhar Mesir! Maka rancaklah perbualan kami sekitar hal semasa Mesir dan tidak ketinggalan juga memori dan pengalaman hidup belajar di Mesir. Kami kemudiannya ke Pasaraya berhampiran membeli-belah barangan sepanjang keberadaan kami di bumi urdun ini. Memandangkan kami masak sendiri, pening juga nk bajet utk hari-hari yg x pasti lagi berapa hari yg akan kami habiskan di Jordan! Begitulah analogi hidup kita. Tak tahu berapa lamakah lagi kita akan hidup di dunia ini. Cukupkah bekalan utk hari-hari di sana, di akhirat nnt?

-Tn Hj Sulaiman B Ismail Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan beserta keluarga (dan kami)-

4 Feb 2011

Selepas bermesyuarat semalam, dgn mengambil kira penempatan dan bajet semestinya, pagi-pagi lagi kami sudah bertolak ke Teluk Aqabah. Sempat kami masak dan membawa periuk nasi utk memasak di sana~ Ada apa di Aqabah? Saya memilih utk tunggu dan lihat. Utk ke Aqabah mengambil masa hampir 6-7 jam perjalanan dari Amman. Jadi agak jauhlah utk menjemput tetamu yg datang dari Mesir melaui kapal, kerana kapal akan berlabuh di teluk ini.

Hari ini hari minggu, maka ramailah pengunjung di pantai Laut Merah ini. Aqabah pernah melakar sejarah peperangan antara Jordan dan Israel. Jordan menang dan kereta kebal Israel dihumbankan ke dasar laut ini agar dpt dilihat oleh pengunjung2. Anda mahu lihat? Perlu menaiki bot kaca! Terbayanglah oleh saya, adakah bot itu diperbuat drpada kaca? Yg boleh pandang tembus seperti di Aquaria kah? Atau seperti feri ke Langkawi di Pekan Kuah?

-Laut bergelora hari itu-

Ok, inilah bot kaca a.k.a glass boat. Hanya mempunyai kaca bersaiz meja di bahagian dek bot. Yg lainnya diperbuat daripada bahan bernama kayu! Daripada atas bot kami dpt lihat sebatang tiang tinggi, tegak. Dikatakan di situ sepatutnya dikibarkan bendera yg tidak menyerupai bendera mana-mana negara, tetapi hari ini kosong. Haih~ hari jugaklah pcik nk basuh bendera. Boleh saja dibasuh dan disidai basah2 bendera tu kat situ kn? Nnt akan kering juga~

-Tiang bendera bukan mana-mana negara, Read Sea Jordan-

Selepas berjalan-jalan dan mengambil angin panas Teluk Aqabah, kami kembali ke Hotel. Mlm itu musyrif membawa kami menghirup angin malam Laut Merah dan ke tempat tiang bendera yg kosong. Kami dibawa bershopping di Aqabah. Tiada yg istimewa, barang-barangnya hampir sama dgn di Mesir. Cuma perlu berkira-kira agar tidak tertipu dgn kecilnya nombor, tetapi besarnya matawang Jordan ini. Saya hanya berjalan-jalan dan memukul gambar. Makan ayam golek Aqabah dan nasi, kami mlm ini.

Musyrif memperkenalkan kami sistem kad telefon, semacam ring-ring card. Dapatlah saya menghubungi family mengatakan keselamatan dan lokasi kami di Jordan. Alhamdulillah, resah hati mereka di kampung dpt diubat~

-Sana tu bercahaya shj Israel laknatttt!-

5 Feb 2011

Seperti yg dirancang, hari ini kami akan ke Petra. Melihat gunung ganang yg ditarah kaum Thamud dgn penuh seni. Sayang, kehebatan mereka membawa mereka bongkak terhadap Allah dan mendustakan RasulNya!

-Hotel kami tinggal hanya semalaman, dunia.. sebentar cuma-

Perjalanan ke Petra satu arah utk pulang ke Amman dari Aqabah. Sesampainya kami di pintu masuk, kami membeli tiket. Jauh beza harga tiket masuk pelajar Jordan dan rakyat Jordan ke kawasan Petra. Pelancong biasa JD50, pelajar Jordan dan rakyat Jordan JD1 shj! Katanya jarak dari pintu masuk utk sampai di hadapan Petra hampir 1.5 km! So, kami mengambil keputusan utk berkelah dahulu sebelum meneruskan ekspedisi.

-Musim sejuk, bekal x mudah basi ^___^-

Ada juga perkhidmatan menunggang kuda, unta dan kereta keldai dan kereta kuda. kami lebih selesa berjalan utk menikmati pemandangan bukit2 batu yg subhanallah, bermacam-macam bentuk dan warna. Ada yg berbelang2 juga!

-Sepanjang jalan dihiasi byk ukiran dan pahatan batu-batu dan bukit; Subhanallah-

73. to the Thamud people (We sent) Salih, one of their own brethren: He said: "O My people! worship Allah. ye have no other god but Him. Now hath come unto you a Clear (sign) from your Lord! This she-camel of Allah is a Sign unto you: so leave Her to graze In Allah.s earth, and let Her come to no harm, or ye shall be seized with a grievous punishment.

74. "And remember How He made you inheritors after the 'Ad people and gave you habitations In the land: ye build for yourselves palaces and castles In (open) plains, and care out homes In the mountains; so bring to remembrance the benefits (ye have received) from Allah, and refrain from evil and mischief on the earth."

[Al-A3raf]


- Take two, aaaand action! Cuuuuut! Muka x boleh blah, mana dialognya?-

Sebenarnya yg terlihat di depan mata adalah sebahagian kecil Petra. Dibawah tanah masih dilakukan cari gali kerana dipercayai, ukiran yg terlihat di tnh rata ini melambangkan pembesar-pembesar dan raja. Ada lagi ukiran yg tertimbus di dlm tanah and believed will discover the hierarki of the Nabateans. Wallahu a3lam. Sblm ini, boleh masuk dan melihat bhg dalam Petra. Tetapi ditutup, mungkin utk meneruskan usaha mencari gali.

-Sampai no 15 shj kami-

Lawatan tidak lengkap jika tidak mengunjungi kawasan-kawasan sekeliling Petra. Melawat kawasan Petra ini adalah dalam satu arah. Jadi untuk keluar, perlu melaui tempat yg sama. -___-! Selepas petra ada byk lagi bukit-bukit tinggalan zaman pemerintahan Rom. Kami tidak meneruskan perjalanan yg berbaki. Hari sudah lewat dan kami perlu tiba di Amman awal mlm.

-Adik-adik musyrif yg sabar-

Mlm itu kami selamat tiba di Amman, selepas menyaksikan bonet Matrix kami terbuka dan meninggalkan beg-beg kami satu persatu di atas lebuhraya! Haha kenangan yg tidak akan kami lupakan pabila turun mengutip beg-beg itu! ^____^ Kami kemudiannya dibawa bershopping barangan Jordan, kemudian mkn Nasi Kabsah dan Nasi Mandi di Yamani.


6 Feb 2011

Hari ini adalah hari terakhir kami di Jordan. Selepas menelefon dekan Fakulti Perubatan di Tanta, dan mendapat jaminan bahawa Tanta sangat selamat, kami berenam nekad utk kembali ke Mesir ptg ini. Sempat lagi kami ke Laut Mati pagi itu. Masin airnya hingga terasa pahit! Pedih mata2! Sungguhlah tempat ini pernah menyaksikan laknat Allah terhadap kaum Nabi Lut. Terasa tiada barakahnya bila tumbuhan pun tak mahu tumbuh di sini. Bukan di sini sahaja, kawasan seperti Petra dan Piramid di Giza juga kontang dan kekurangan tumbuh-tumbuhan.

-Berkelah tepi Laut Mati pula-

Konon-kononnya nk rasa terapung dan berfacial treatment di sini. Selepas bermandi-manda, kami pun pulang bersiap dan berkemas menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Ratu Alia, Amman, Jordan.

-2 bilik, 1 ruang tamu, 1 bilik air dan dapur; hotel kami di Amman-

Alhamdulillah, urusan di lapangan terbang dipermudahkan. Tiket dan jadual penerbangan berjalan seperti biasa. Cuma kami akan berpusing ke Damascus terlebih dahulu sebelum mendarat di Cairo. I've common cold and suffered for the night long! Barotrauma~ Ok, redhalah.. Allah nk ampun dosa..



1 comment:

AA said...

subhanallah best nye awk dh smpai sana..tmpt tu la kte teringin sgt nk g..sbb byk hollywood movies wat shooting kat situ..unik dan cntik..hehe