.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Thursday, March 10, 2011

Cerita Hari-Hari Rusuhan 2


-Some flights were only written delayed, but then cancelled without notice!-

29 Jan 2011

Cairo International Airport Terminal 3 sesak dgn manusia pelbagai bangsa dan latar belakang. Penerbangan banyak yang dibatalkan termasuk juga yang dilewatkan dan akhirnya terbatal. Sengaja kami bergerak ke lapangan terbang seawal jam 5 ptg kerana khuatir penerbangan yang dijanjikan akan berlepas seperti yg dijadualkan tergendala. Pagi tadi, ura-ura mengatakan semua penerbangan kecuali Egyptair dibekukan dan kemungkinan besar lapangan terbang akan ditutup. Tanpa kemudahan telefon dan internet, kami berenam cuba berkumpul dan membahagi tugas memastikan rehlah ke Syria berjalan seperti yg direncanakan kerana pihak di Syria telah dimaklumkan tentang ketibaan kami dan tiket penerbangan telahpun dibeli. Jadi untuk membatalkan rehlah ini, bagi kami sulit sekali.

2 daripada kami bertugas mendapatkan kenderaan ke Cairo Airport dan 2 org lagi menyiapkan bekalan makanan. Saya dan kakak pula ditugaskan memastikan jadual penerbangan. Maka kami pun ke Pejabat Egyptair di Syari3 Bahr bersama e-tiket. Dalam tremco (pengangkutan awam-van) tiba-tiba makcik disebelah saya menyuruh agar menutup tingkap. Tekak dan mata mulai sakit. Oh, kesan gas pemedih mata masih bersisa. Saya teruja. Kereta kebal dan tentera bersut khas yg tidak pernah saya lihat, menghiasi dada jalan. Kedai fastfood Mo'men pecah, dan barang-barangnya berterabur. Banyak kedai yang tutup. Itu yg sempat saya lihat dgn mata yg berair dan terbatuk-batuk. Kami berdoa agar pejabat Egyptair beroperasi seperti biasa. Alhamdulillah setibanya di sana, kami difahamkan penerbangan kami malam ini berjalan seperti biasa tanpa masalah. Hati masih lagi berteka teki. Betul ke? Tawakkal sajalah pada Allah~

Pulang dari pejabat Egyptair kami dinasihati oleh pemandu teksi agar tidak keluar ke mana-mana hari ini. Kenapa? Mungkin kerana kami perempuan, bahaya! Tunjuk perasaan mungkin akan berlarutan. Sengaja saya tidak memberitahu yg kami akan ke Kaherah ptg ini. Bimbang pakcik teksi ini akan berceramah panjang :P Saya mula mengorek cerita daripada pcik teksi ini, tapi mungkin kerana perjalanan singkat daripada pejabat Egyptair ke Ma3rad(nama perhentian) menyebabkan pcik teksi hanya sempat mengatakan yg rakyat melahirkan rasa tidak puas hati dengan kadar kenaikan harga barang yg mendadak dan mereka mahukan keadilan.

Setelah siap mengemaskan barang, dan menguruskan kenderaan ke airport, jaringan telefon kembali pulih. Cuma pesanan ringkas sms masih dibekukan. Alhamdulillah~ Kami diberitahu yang perintah berkurung bermula jam 4ptg-8pg esoknya akan bermula hari ini. Keadaan sekitar kawasan rumah saya terkawal, tiada tanda-tanda rusuhan merebak ke kawasan kediaman. Kira-kira jam 5 ptg kami bertolak menuju lapangan terbang antarabangsa Kaherah gara-gara bertukar musyrif di saat-saat akhir.

Perintah berkurung telah kami langgar. Sepanjang perjalanan ke airport pemandangannya seperti biasa, tidak lengang, tetapi tidaklah sesak. Tidak pula dihiasi dgn kelompok-kelompok demonstrasi, polis atau kereta kebal. Cuma sampai di pintu masuk airport, kubu2 tentera kelihatan. Tentera lengkap bersenjata byonet dan kereta kebal ada di sekitar pintu masuk. "Wah, kena peluru sesat ni naya je," bisik saya dlm hati. Fikiran berkecamuk. Perangkah Mesir? Teruk benarkah kebangkitan rakyat ini? Ini gara-gara tiada television di rumahlah ni. Saya hanya bergantung pada TV di kedai pcik supermarket depan lorong rumah saya pg tadi tu je. Niat untuk menghubungi kawan arab saya dibatalkan. Bimbang dia akan lebih runsing dgn keadaan saya. Ummi ayah di Malaysia juga tidak berkesempatan untuk diberitahu. Nanti aman-aman sikitlah baru telefon.

Resah gelisah terubat sedikit bila melihat penerbangan kami ke Syria memaparkan 'on time' pada skrin. Sambil menunggu gate dibuka, pandangan melilau melihat reaksi org-org sekeliling. Kaunter Egyptair banjir dgn pelanggan. Rata-rata tidak puas hati dgn pembatalan dan kelewatan penerbangan mereka apatah lagi harga tiket yg melambung-lambung. Tiba masa yg sepatutnya gate dibuka untuk check-in, paparan skrin tidak berubah. Saya terus menuju ke balai berlepas menanyakan pegawai yg bertugas, sama ada kami sudah dibenarkan masuk atau belum. Padanya terdapat senarai penerbangan yg dibatalkan. Setiap minit kami lalui dgn penuh tawakkal pada Allah. Jika Kau izinkan rehlah ini, mudahkanlah Ya Allah. Kali ke dua saya ke sana beliau mengarahkan kami utk check-in. Alhamdulillah~

Urusan menimbang beg dan check-in berjalan lancar. Kami terus ke balai berlepas dan menunggu bas untuk mengangkut kami ke perut kapal terbang. Benar penantian itu satu penyiksaan. Hampir 2 jam menunggu, penerbangan yg dijadualkan berlepas kira-kira jam 11.30 dilewatkan ke jam 1 pagi. Pekerja-pekerja airport turut berdemo barangkali. Alhmdulillah. Kami meninggalkan bumi Mesir dgn seribu satu persoalan. Selamatkah 2 org ahli bait saya yg tidak turut serta dlm rehlah ini? Bilakah pergolakan ini akan berakhir?Apakah masa depan pengajian kami? Berjayakah musyrif kami pulang ke Malaysia? Bagaimana keselamatan pcik driver van kami sewaktu dia pulang ke Tanta? Allah, kami serahkan urusan ini kpdMu~

-بسم الله ولجنا و بسم الله خرجنا-


No comments: