-Damascus airport shuttle bus-
30 Jan 2011Alhamdulillah.. itu sahaja yg perkataan yg sesuai sejurus selepas kami menjejakkan kaki ke bumi Syam ini. Tiada masalah timbul di kaunter imegresen Syria. Pagi itu, hampir jam 3, 2 org musyrif, pelajar Malaysia di Syria menyambut kami di lapangan terbang Damascus. Rintik-rintik hujan kami redah dgn menaiki bas utk ke rumah Kak Dayah, kawan kak Husna sejak di bangku sekolah menengah lagi. Tambang bas dan beg adalah berasingan. Mungkin kerana terdapat penghawa panas di dlmnya. Rumah Kak Dayah terletak di atas bukit (lupa namanya). Kami menaiki teksi shj ke sana. Dikatakan di kawasan inilah Dr Saed Ramadhan Al-Bouti yg masyhur dgn kitab Fiqhus Sirah mengadakan kelas-kelas pengajian. Teringin mahu menyertai kuliahnya barang sejam dua. ^__^
Tiba di kawasan rumah Kak Dayah, beg dikeluarkan dari belakang teksi. Selanjur teksi meluncur pergi setelah membayar tambang SYP110, baru perasan yg backpack putih saya telah dibawa pergi sekali. T-T Tapi pada masa itu, redha sahaja perasaan yg ada. Mungkin benda-benda berharga seperti duit-muit dan pasport tersisip kemas dalam winter jacket saya. Selepas memaklumkan hal itu kpd musyrif, jalan curam menuju ke rumah Kak Dayah hingar dgn bunyi roda beg kami hingga ke depan pintu rumah Kak Dayah. "Bangun, bangun... dah subuh," ulah saya dlm hati kpd penghuni rumah-rumah di sepanjang jalan.
Kami berehat seketika, solat Subuh dan sarapan di rumah Kak Dayah. Sejuk tak usah dikata. Hujan agak lebat di luar. Duduk-duduk berehat teringatkan barang2 dalam beg putih tadi. Buku Atlas AlQur'an, kamus elektronik, tiket kapalterbang utk balik ke Mesir dan beberapa bahan rujukan tempat-tempat yg bakal kami lawati semuanya dimuatkan dlm beg tersebut. Saya pasrah. Jaulah kali ini memerlukan penerangan sepenuhnya daripada Pak Musyrif (sbnrnya mrk Jr. saya di sekolah). Mungkin info tambahan hanya drp baki ingatan kami pada bahan-bahan rujukan yg telah kami cari dan baca dari internet.
-H-1 tgh dibasuh sementara Ammu cari syai; perhentian-
Selepas bersembang dan melepaskan rindu dgn Kak Dayah, kami bertolak ke Homs & Hama. Hujan masih lebat. Dgn Hyundai H-1 yg dipandu Ammu Muhammad, kami melilau mencari tempat tukar duit. Selepas gagal mencari di sekitar Dimashq, (ye lah pukul 7-8 pagi, mana ada Sarafah bukak) kami terus menuju Homs dgn harapan ada tempat tukaran duit dalam perjalanan. Nasib kami baik apabila Pcik di kedai groceries sudi menerima USD kami. Hampir 2-3 kali juga terpaksa berpatah balik kpd Pcik groceries gara-gara tersilap kira dan salah rates. Haha. Kesian musyrif berdua itu. Sudahlah pertama kali membawa rombongan jaulah, macam-macam ujian pula di hari pertama ini. Nak buat macam mana mereka shj pelajar yg tidak mempunyai peperiksaan ketika itu. Jazakumullahu khairan~
- Insya Allah kami akan menyusuli kalian-
Destinasi pertama kami pagi itu, Daerah Nawa, menjejak pemilik kubur tidak berbumbung, pengarang kitab masyhur Matan Hadith 40, Riyadhatussolehin, AlAzkar dan byk lagi. Beliau adalah AlImam AlHafiz SyeikhulIslam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya bin Syarafuddin An Nawawi. Walau hanya berusia 45 tahun sebelum ruhnya dipanggil pulang, keberkatan umur dan ilmunya terpancar ke seluruh pelosok dunia. Saya? Dah berumur 22 tahun, apa saya lakukan untuk ummat?
-Kerdil rasanya diri ini jika nk dibandingkan dgn pemilik kubur ini-
Kawasan kuburan tidak seperti di Mesir dan hampir sama dgn tanah air kita. Hanya nisan-nisan batu hitam biasa yg terpacak di sana-sini. Kami dapat masuk dan menziarahi Kubur Imam Nawawi selepas Ammu Muhammad memanggil penjaga kubur dan membawakan kunci pintunya dan membelanja falafel (to3miyah-Mesir) yg hangat, segar dari dapur suriyyah :)
-Pintu gerbang Mata Air Nabi Ayyub-
Terus kami ke Makam Nabi Ayyub dan kemudian ke telaganya/mata airnya. Daripada Nabi Ayyub saya belajar utk sabar menerima ujian kesakitan. Bertahun-tahun! Sudahlah jatuh sakit, isteri pula melarikan diri. Ujian Allah dtg pelbagai rupa. Itu tapisanNya. Bila bersabar dan redha, janjinya apa? Tugas kita hanya sabar, redha dan yakin. Ganjaran Allah itu pasti!
Menapak pula ke kota Bosra (Basrah). Hanya SYP10 utk pelajar utk memasukinya. Kota tinggalan Rom ini luas. Kami terus ke amphitheater nya. Hujan renyai-renyai tidak dipedulikan. Persembahan perlu diteruskan! Haha. Bersama kami ada beberapa krew penggambaran mengambil tempat. Maha suci Allah yg menganugerahkan kecerdikan kpd bangsa Romawi ini mencipta satu stadium dgn teknologi tanpa mikrofon dan PA system untuk hampir 6000 penonton! Luasnya hampir 5 kali Roman theater di Iskandariah, Mesir. Kemudian kami berlegar-legar sekitar kota. Sekeliling kota dihiasi kalamullah, kesan sentuhan Islam.
-Roman teather, bukti hebatnya nikmat aqal kurniaan Allah-
Dalam perjalanan ke Masjid Umari untuk solat Zohor & Asar, kami melintasi pasar di mana Rasulullah pernah berniaga bersama bapa saudara Baginda. Menapak jejak Rasulullah mengundang mendung dalam hati. Sudahlah yatim, datuk tercinta pun sudah tiada, tapi Baginda tetap bersungguh-sungguh berdikari dgn mengembala kambing dan berniaga. Yg penting usaha. Natijah itu milik Allah.
-3ala Khootal Habeeb, pasar Syam-
Beku rasanya kami dlm Masjid Umari. Mujur ada alat pemanas. Canggih rupanya. Buatan tangan. Kreatif. Hanya terdapat di Syria. Saya tiada gambar, tapi utk melihatnya, dipersilakan ke Masjid Umari~! ^___^ Selesai Solat Jama3 Qasar, matahari malu-malu memancarkan cahayanya di luar. Berdekatan Masjid Umari ada tempat mandi awam. Salah satu new invention from Islamic world, di celah-celah kegelapan ketamadunan Barat, ada kisah di sini. Saya kutip drp Majalah Solusi.
"Mana jalan ke tempat mandi awam Minjak?" soal seorang lelaki yg nyawanya sudah berada dipenghujungan. Kalimah syahadah yg diajarkan kpdnya, soalan ini pula yg terkeluar. Mengapa?
Alkisah bermula ketika dia berdiri di hadapan pintu rumahnya yg menyerupai kamar mandi awam Minjak. Sekoyong-koyong dtglah seorang hamba jariah yg cantik dan manis bertanyakan jalan ke tempat mandi awam Minjak. Lelaki tersebut menunjukkan jalan masuk ke rumahnya. Tanpa banyak soal, hamba jariah itu masuk dan diekori oleh lelaki tadi.
-Hammam Minjak, sebelah masjid Umari-
Menyedari yg dia telah ditipu oleh lelaki tadi, muka perempuan tersebut berpura-pura dimaniskan lantas berkata, "Alangkah baiknya jika ada bersama kita sesuatu yg mengindahkan dan menyenangkan.." Lelaki itu seraya menjawab, "Pada saat ini aku sgt gembira dan akan memberikan segala apa yg kamu mahu dan ingin" Maka, lelaki itupun keluar dari rumahnya meniggalkan pintu tidak berkunci.
Sekembalinya dia ke tempat perpisahan dgn jariah cantik tadi, perempuan tersebut sudahpun melarikan diri, tetapi barang-barang rumahnya tidak terusik. Kerna gila bayang dan angau, lelaki tadi gila dan jatuh sakit, sehingga tiba saat kematiannya pun mulutnya asyik menuturkan, "Mana jalan ke tempat mandi awam Minjak?" dan itulah lafaz terakhir sebelum nyawa terpisah drp jasad. Seandainya lelaki tersebut mengawal pandangannya, mungkin dia tidak terlihat kelibat jariah dan langsung terpesona dgn kejelitaannya. Ya menundukkan pandangan itu penting bagi menutup pintu mukaddimah zina. Moga kita semua diselamatkan daripada Suu'il Khatimah. Katanya tempat mandi awam ini dibina oleh Minjak b. Rasyid. Wallahu a3lam. Tempat mandi itu perlahan-lahan kami tinggalkan.
Kami kemudian tiba di Gereja Pendeta Buhaira. Beliau yg menyedari tanda kenabian Rasulullah SAW semasa Baginda tiba di sini utk berniaga. Beliau juga pernah bertanya kpd Saidina Abu Bakar ttg kerasulan Rasulullah SAW. Betapa gembira dan bahagia rasanya bila dibayangkan saya berada ditempatnya. Rasul yg dijanjikan telah diutuskan! Dan aku hidup di zaman itu.. Allah, dunia ini akan bersinar terang! Aku menyaksikannya!
-Gereja Pendeta Buhaira-
-Singgah Masjid Mabrak AnNaqa-
Kami bertolak pulang ke Dimasq setelah makan nasi berlaukkan ayam di sebuah restoran di Busra. Tibanya kami di hotel, Kak Dayah dan suaminya sampai menghantarkan beg-beg kami dan inilah malam pertama kami di Syria, sebilik bertiga, dalam Green Hotel yg selesa dan berpatutan. Selepas menatap TV utk perkembangan terbaru Mesir, kami pun melelapkan mata. Simkad Syriatel dibeli kerna roaming tidak berfungsi gara-gara Mubarak keji tu. Terima kasih banyak Kak Dayah dan suami~! Ops.. tak lupa juga, kpd musyrif utk sepanjang hari ini.
-Ruz basmathi + firakh masywi-
31 Jan 2011
Pagi-pagi lagi, kami menuju Halab. Di perkarangan sebuah Masjid, kami disambut kawanan merpati. Sesampainya di kawasan ini, mendengar namanya, terbayang tubuh gagah perkasa ke sana ke mari di atas pelana kuda memimpin barisan tentera Islam hanya kerana Allah. Hanya kerana Allah!
-Aku menyintai mati sebagaimana kamu menyintai hidup; Khalid AlWalid-
"Allahuakbar! Marilah kita berebut-rebut mencium bau syurga," teriak Khalid AlWalid.
Katanya lagi "Allah SWT mengutuskan kpd kami seorang rasul drp bangsa kami, tetapi ada yg mempercayainya dan ada yg mendustakannya. Aku termasuk di kalangan org yg mendustakannya, tetapi Allah membuka hatiku kpd Islam. Lalu aku menghadap Rasulullah SAW bagi memeluk Islam dan janji setia kpdnya. Baginda mengatakan: Engkau adalah sebilah pedang drp pedang Allah"
Masyhurnya nama Khalid sehinggakan pernah seorang panglima Romawi, bertanya kepada beliau apakah benar Tuhan (Allah) menurunkan kpd Nabi SAW sebilah pedang dari langit, lalu diberikan kpd Khalid. Apabila dia menghayunkan kpd seseorang, pastilah org itu akn kalah? Ya nama Khalid dapat mengalahkan musuh sblm peperangan bermula!
Selepas berjaya mengalahkan tentera Parsi dan Rom, Khalid AlWalid membawa diri ke Syria utk menjalani hidup sbg org biasa. Beliau kemudiannya jatuh sakit.
Kami meneruskan jejak awliya' menziarahi kubur salah seorang Khalifah Umawi terkenal dgn keadilannya, Khalifah Umar Abul Aziz.
Satu mlm, sedang beliau menyelesaikan tugas-tugas negara yg berbaki, anaknya masuk dan memohon utk berbicara dgn beliau. Beliau bertanyakan adakah anaknya mahu berbicara perihal negara atau keluarga? Beliau kemudiannya memadam lilin yg satu lagi kerana anaknya mahu bercakap tentang hal keluarga, dan lilin yg dipadamkan itu adalah perbendaharaan negara dan bukan haknya. Masha Allah~!
-Benarlah disebalik lelaki hebat, ada perempuan hebat menjadi pendokongnya, Fatimah bint Abd ElMalik-
Pemilik kubur ini pernah berkata: "Sesungguhnya jiwaku ialah jiwa yg mempunyai banyak cita-cita. Aku pernah bercita-cita menjadi Amir, aku telah mendapatkannya. Aku bercita-cita untuk menjadi khalifah, juga telah aku dapatkannya. Sekarang cita-citaku adalah syurga dan aku berharap mendapatkannya"
AlIsra': 19
Beliau diracun oleh khadamnya yg telah diupah oleh seorang Yahudi dan meninggal dunia selepas memegang tampuk kepimpinan sebagai Khalifah hanya beberapa tahun.
-Tiang waktu solat-
Perjalanan diteruskan ke Masjid Umayyad di Aleppo (Halab). Beza masjid ini dgn Masjid Umayyad di Damsyik adalah bilangan tiang penentu waktu solatnya hanya sebatang. Makam Nabi Zakaria terdapat di sini. Saya belajar lagi tentang sabar dgn Nabi Allah ini. Ujian dari Allah utknya berupa ujian zuriat. Sungguh mereka layak diuji. Kita juga layak diuji sesuai dgn kemampuan kita. Yakinlah!
-Makam Nabi Zakaria-
-Falafel yg sedap, panas dan kurang masin-
Kemudian kami dibawa pula di sekitar kawasan tersebut. Kami berhenti seketika menikmati falafel in syrian bread. Istimewanya, ia dipanaskan terlebih dahulu sblm dimakan~! Semestinya kawasan ini bersih dan masyarakatnya lembut and welcoming!
-Kebersihan membawa ketenangan-
Azan Zohor berkumandang. Kami memilih Masjid Karimiyah utk Solat Jama3 Qasar Zohor & Asar. Bertembung lagi dgn rombongan dari Turki yg kami jumpa di Kubur Khalifah Umar Abdul Aziz tadi. Allah susun, kami dapat melihat bekas tapak kaki Rasulullah yg dikatakan dibawa masuk ke sini. Bukan menandakan Rasulullah pernah ke sini. Ada air mengalir di atasnya. Apa lagi, kami minumlah airnya :) Air bersih utk minum di Syria disalurkan ke rumah-rumah melalui paip-paip. Hanya perlu buka dan terus minum! In Sha Allah terjamin bersih~
-Bersama Ibnu Khaldun-
Kami meneruskan langkah pula ke Barmaristan, bekas tapak kompleks rawatan jiwa, pesakit jiwa dan psikologi. Kini dijadikan muzium perubatan dan sains. Beberapa patung mewakili ulama' besar yg membawa byk kemajuan dlm sains, seperti ArRazi, Ibn Khaldun dan Ibn Rusyd. Lalu juga kilang sabun antik. Entah masih digunakan ataupun tidak. Saya kurang pasti.
-Kota atas bukit-
Kami kemudiannya keluar ke Pasar Hamidiah tetapi tidak membeli apa-apa buah tgn kecuali falafel buat pengisi perut. Walaupun Syria tidak menggalakkan kedatangan pelancong, namun kawasannya bersih. Kebersihankn sebahagian drp iman? Dari Pasar Hamidiah, kami boleh tembus ke satu kawasan lapang berbukit. "Apa ini ustaz?" soal saya kpd musyrif rombongan. Beliau dan seorang lg sahabatnya sudi menjadi penunjuk dan pemandu arah kami. "Bukit," pendek dan berbau loyar buruk jawapannya. Huh, berbekalkan ilmu yg cetek ttg tempat-tempat bersejarah di Syria, tahulah kami itu adalah kota Halab yg dibina pada zaman kekuasaan Rom. Hampir serupa dengan Kota Busra. Kami hanya bergambar di pintu masuk.
Keluarga di Malaysia sudah dihubungi. Masing-masing risau akan keadaan kami, dan kawan2 yg masih di Mesir. "Bawak balik cucu-cucu aku~!" Galau rasa nenek di Johor. "Org dok risau kat diorang, diorang punyalah berseronok jalan-jalan Syria eh.." balas Ummi. Alhamdulillah, keluarga di kampung berjaya ditenangkan selepas mendengar suara saya dan kakak. Berbekalkan berita drp ibubapa salah seorang drp kami, bahana pemberontakan Mesir merebak hingga ke Jordan. Kami mula meneka-neka dan membayangkan apa yg bakal terjadi kpd kami berenam. Mahu pulang ke Malaysia teruskah? Batalkan rancangan menjelajah Jordan? Sempat lagi kami bercanda melihat nama-nama rakan sekelas terpapar sebagai tanda nama kedai yg pelbagai. "Oh Azzahra buka kedai makanan. Suraya pula kedai pakaian~! Inilah nasib, x habis belajar. Balik bukak business." Na3uzubillah~
Sampai pula di Hama. Hari hampir senja. Kincir air atau Norias (Na3ura-Syrian) megah berdiri di situ meski berabad-abad sudah umurnya. Yg pasti kincir air yg dibina sejak zaman Byzantium ini pernah digunakan sebagai sumber pengairan tanaman di sekitar sungai Orantes. Sedang saya sibuk membelek-belek keychain Palestin di sebuah gerai, dtg seorang lelaki bertanya itu ini. Kami mengambil peluang bertanya perihal lanjut kincir air ini, setelah terlanjur dia memperkenalkan diri sebagai pelajar jurusan pelancongan di salah sebuah institusi pengajian di Syria.
-Bukan utk janakuasa elektirk ya-
Agenda seterusnya adalah singgah Jama3 Qasar Isyak dan Maghrib di Masjid Khalid AlWalid. Seterusnya melawat makam beliau yg tak sempat kami ziarah pagi tadi. Pakcik jaga tu balik rumah lepas Solat Subuh agaknya.
-Makam seorang pahlawan bergelar Pedang Allah-
"Aku bercita cita utk mati syahid. Disebabkan itulah aku menyertai semua peperangan melibatkan tentera Islam. Di tubuhku, tiada satu inci pun yg tiada parut luka akibat senjata musuh, tetapi aku masih hidup. Impianku utk gugur syahid tidak tercapai. Akhirnya aku mati di atas katil. Hanya yg pengecut shj yg mati begini," rintihnya.
"Aku tak mahu mati di atas katil, aku mahu mati di medan perang!" jelas Khalid berasa sgt sedih. Diselaknya kain dan bajunya, menunjukkan kesan2 parut di tubuhnya. Di dadanya penuh kesan parut tombak, anak panah dan pedang musuh. "Tetapi kenapa aku tidak menemui syahid?" pada matanya terpancar seribu harapan yg tidak kesampaian. Sahabat yg hadir menziarahinya tidak mampu menjawab persoalan itu. Hati mereka diselubungi hiba.
"Nabi Muhammad SAW mengurniakan kpd saudara gelaran pahlawan Pedang Allah. Baginda juga mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan. Sbb itulah saudara tidak boleh tewas dlm peperangan krn doa Rasulullah SAW dimakbulkan Tuhan" balas seorang sahabat dgn lembut.
Akhirnya beliau meninggal pada tahun 21 H semasa berumur 58 tahun. Khalifah Abu Bakar AsSiddiq pernah berkata: Tiada lagi wanita yg dpt melahirkan anak seperti Khalid bin Walid."
Beliau telah memimpin lebih daripada 100 siri peperangan termasuk Muktah, melawan tentera Parsi, mengalahkan Rom di Yarmuk dan merebut Damsyik drp Rom, menakluki Mesir dan menawan BaitulMaqdis daripada kuasa Kristian. Ya Saifullah, mana mungkin akan kalah!
Semoga semangat Khalid Sang pemburu syahid sentiasa berkobar dalam hati kita! I'm inspired~
Makan syawerma ayam kami mlm ini. Esoknya jalan-jalan sekitar Bandar Damsyik. Dimasyq.. akan ku lihat kotamu seluruhnya!
No comments:
Post a Comment