.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Tuesday, December 30, 2008

Sinar Tahun Baru



Segala puji hanya bg Allah, Tuhan yg memelihara dam mentadbir sekalian alam. Selawat & salam ke atas junjungan kami, Nabi muhammad s.a.w serta keluarga baginda dan para sahabat baginda.

Ya Allah, Engkaulah yg kekal abadi untuk selamanya. Demi kelabihanMu yg Maha Agung & kemurahanMu yg melimpah ruah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon perlindungan drp syaitan yg direjam. Drpd sekalian konco-konconya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan drp nafsu amarah yg sentiasa mendorong ke arah kejahatan & melalaikan dgn perkara yg x berfaedah drp mendekatkan diriku kpdMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w & kuluarga baginda serta para sahabat baginda. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yg memelihara & mentadbir sekalian alam.

Ameen.

*baca 3x setelah masuk waktu maghrib malam 1 Muharram
* syaitan berkata: "Telah amanlah anak adam drp golonganku pd tahun ini krn Allah telah mewakilkan 2 orang malaikat utk memeliharanya dr fitnah syaitan."

Alhamdulillah, Allah masih memberi kita peluang utk hidup dan merasai suasana tahun baru. Allah masih lg memberi kita peluang untuk menyedari kekhilafan, dan peluang utk memperbaikinya dan meningkatkan kemampuan yg ada. Sayangnya allah pada kita!!!

Berbicara tentang awal tahun, minda masing2 terterjah dgn gumpalan azam baru dan tekad menggunung. Bagus, dan semestinya setiap kali kita membuka lembaran dan lipatan baru kehidupan kita, setiap kali itulah kita perlu memperbaharuinya. Buang yg keruh, ambil yg jernih. Tapi, bukan hanya pada setiap tahun baru, bahkan setiap hari!!

"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam;

dia adalah orang yang beruntung.

Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,

dia adalah orang yang rugi.

Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,

dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."

Berubah dan mengubah bukan perkara yg mudah. Ia juga tergolong dalam kategori amalan dan perbuatan. Jadi, utk mendapatkan impak maksima bak kata orang, perlulah bermula dari perkara pokok iaitu NIAT. Baru sahaja berbincang dgn rakan2 seperjuangan ttg indahnya hadith pertama dari 40 hadith compiled by Imaam AnNawawi. Tersedar, betapa besarnya peranan dan fungsi niat dalam kehidupan manusia sehingga Imam Ahmad dan Imam Syafi3ie mengatakan ia meliputi 1/3 dari ilmu. Kerana perkara seputar persoalan dan perbahasan ilmu berkait rapat dgn 3 elemen: HATI, LIDAH dan ANGGOTA BADAN. Sudah semestinya tempat NIAT itu di hati bukan? dgn kemahuan dari hati juga yg menggerakkan lidah dan anggota lainnya utk beramal dan bekerja. Justeru, perbaiki dan perbaharuilah niat kita sebaik sahaja kita cuba melakukan sesuatu. Adakah semata2 utk dipersembahkan kpd Allah? Adakah kerana manusia? Adakah kerana tamakkan pahala? Tepuk dada tanyalah hati..

Bersemangat dan berkobar2 dgn azam tahun baru kali ini? Marilah sama2 kita membersihkan hati kita dgn niat utk berubah ke arah yg lebih baik, jernihkan pemikiran kita drp idealisma2 yg menyimpang dari La IlahaIllallah Muhammadurrasulullah. Semoga niat baik kita walaupun tidak disertai dgn amal, ada nilai dipandangan Allah.

Esok sudah tidak boleh mengubah apa yg berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yg terjadi pada esok hari, I-allah..

Sunday, December 28, 2008

Rintihan Akhir Tahun

~Doa akhir tahun~

Segala puji hanya bg Allah, Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga baginda & para sahabat baginda.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu, ttp aku masih belum bertaubat, sedangkan Engkau x redha & x melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yg telah ditetapkan kpdku. Engkau telah memerintahkan spy aku bertaubat dr kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini, aku memohon keampunan dr Engkau, ampunilah aku & apa yg telah aku lakukan pd tahun ini yg Engkau redha & Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya drp Engkau.

Ya Allah, Ya Kareem, Ya Zal Jalali Wal Ikram.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w & ke atas keluarga baginda serta para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Ameen.

* baca 3x pada akhir waktu asar atau sebelum masuk maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

* syaitan berkata : "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak adam pd tahun ini & Allah akan membinasakanku pada saat itu juga. Dgn membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

Tuesday, December 16, 2008

Tika itu~

" Bertangguh², pencuri masa.. Masa terbuang dgn sia² "... Pedas ungkapan lirik nasyid Aeman. Inilah akibatnya bila tidak mengendahkan kata² hukama':

لا تأجل عمل اليوم الى غد
"Jangan menangguhkan kerja hari ini kpd esok"

Sessi pengajian tahun ini terasa sgt pantas berlalu. Kata kakak senior tahun 5 pada saya, "baru sebulan dah masuk gear 5." Katanya sambil mengeluh..Pathology hampir habis pelajaran 1 buku, Pharmacology terasa bertimbun, Parasitology & Microbiology cuba mengisi ruang² neuron.X menyempat utk membuat itu ini. Maaf kerana terpaksa mencuri masa utk berblog. Sejujurnya byk cerita yg ingin di abadikan dlm ruangan ini..

Kalau dihitung kembali benarkah kita xkecukupan masa? 2
4jam sehari masih tidak cukupkah?

Benar, jika betul² mahu beramal dan bekerja, 24 jam masih tidak cukup. Kerja lebih bayak dari masa..Thus, what are we going to do?

(Hasil perbincangan saya dgn housemates),MASA mmg cukup dan Allah kurniakan 24 jam kpd semua hambaNya, sesuai dgn fitrah dan kondisi hambaNya. Cuma kita hendaklah:

1. Bersyukur dgn tidak membuang masa. (ampunkan daku ya Allah, kerana mengabaikan nikmat masa yg telah Engkau kurniakan)

2. Susun jadual.

3. Kurangkan masa tidur.

4. Stick to the schedule.

"Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yg ada pd diri mereka sendiri."

Benar, dan tepat sekali.. Sering pakar motivasi mewar-warkan, perubahan yg dapat dilakukan adalah dari dalam diri sendiri. Nak berubah atau tidak? Banyak pelajar seperti saya mengidamkan kecemerlangan, tetapi tidak berusaha kearah itu.Impian hanya tinggal angan².Therefore, if you want to be a successor, act like one!!!


Saturday, October 25, 2008

Guess what??

Hampir 2 minggu saya berhempas-pulas mencari waktu utk 'berposting' ke blog ini. Once opening the site, this mind crawling across many things; pharmacology need an absalute attention, pathology's 1st chapter still neither in short term memory nor in the long term, parasitologic phobia, microbiology, arrival of juniors, these n those. What a mess!!

But, just relieved when I opened this book, this is the page:

Guess what the book is?

Sunday, September 28, 2008

In the Good Spirits of Shawaal



Pantas masa berlalu, sedar tak sedar, anak bulan Syawal kian menjelma meninggalkan bulan Ramadhan yg akan dirindui ketibaannya semula. Sedarlah, di sebalik kegembiraan berbaju baru, berjuadah yg enak2, berkumpul sanak saudara dan rakan taulan, bulan Syawal memberi peluang utk kita muhasabah diri. Sejauh mana komitmen kita di bulan lepas, Ramadhan Al-Mubarak melahirkan insan muttaqeen? Sedalam mana tadabbur dan penghayatan kita terhadap Al-Qur'an? Setakat mana pembebasan hawa nafsu kita dari belenggu didikan syaitan?

3aidilfitri - kepulangan kepada fitrah. Fitrah sebagai seorang hamba, yg mengimani tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah dan Nabi muhammad saw sbg pesuruhnya. Fitrah hidup manusia yg cenderung utk bergantung pada satu kuasa yg tiada taranya, fitrah insani yg tidak dapat tidak akan menjalani kehidupannya berdasarkan role model terpilih.

Mengimbau kembali misi Ramadhan, saya terpampan sejenak. Koreksi diri. Alhamdulillah setakat ini:

1. Tahan marah-[kurang berjaya terutama kpd kakak saya]
2. Talk no nonsense- [succeed]
3. Tadabbur surah Al-Qiyamah- [1/2 surah]
4. Reciting Al-Qur'an 2 juz a day- [berjaya!!~ 8 muka setiap waktu solah]
5. Ulangan hafalan juz 30- [hanya berjaya 4 surah (T_T) ]

Waaah, byk lagi yg perlu diperbaiki. Semoga Allah memberi kekuatan kpd kita utk melawan si laknat syaitan yg akan kembali tidak lama lagi...

Kullu 3am wa antum ilallahi aqrab, wa 3ala to3atihi adwam, wa 3ala sunnati nabiyyihi atba3, wa 3an ma3siyati ab3ad, waminal jannati aqrab~

Thursday, September 18, 2008

AlQur'an Dustur Ummah




Peristiwa penurunan Alqur'an kembali menjengah. Tetapi sejauh manakah AlQur'an menjadi petunjuk dan panduan bg hidup kita? Malu rasanya ingin mengaku ummat kesayangan Muhammad saw sedangkan sahabat2 baginda telah beriman sebelum turunnya Al-Qur'an keseluruhannya!!

Dustur membawa maksud perlembagaan. Perlembagaan terbahagi kepada 2 bentuk; abstrak dan konkrit, dan AlQur'an membawa mesej perlembagaan yang abstrak. Indah disulami kata2 kiasan yang memberi peluang masyarakat berfikir dan mentadabbur, mencanai bukti dan hukum, seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan. As known, AlQur'an is action oriented!!

Ummah kini ibarat 'ayam mati kelaparan di kepuk (gudang padi)' dan itik mati kehausan dalam kolam'.

Mengapakah fenomena ini terjadi?
Bagaimanakah cara merawatnya?

1. Tahu bahawa AlQuran diturunkan utk mengemudi kehidupan manusia.
2. Sedar ttg kepentingan AlQur'an yang berfungsi sebagai menara kawalan. Hilang dari radar menara kawalan bererti sesat dalam perjalanan dan gagal melalui jalan sebenar utk menghadapi destinasi akhirat yg bahagia.
3. Dgn, ilmu dan kesedaran, iman dan amal adalah regu yg tidak boleh dipisahkan. Hilang salah satu, bermakna tiada erti yg satu laginya.

"Inilah kitab (AlQur'an), tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yg bertaqwa." [AlBaqarah:2]

~Forum bersama Ust. Abd Hadi & Dr. Nik Mu3tasim sempena Nuzul AlQur'an~

Wallahua3lam.....

Remembering BADAR

Tiada makna kuantiti jika tiada iman
Tiada makna lapar & dahaga jika tiada dapat keampunan

Semoga peristiwa Badar meniupkan semangat jihad kita~
Selamat menghadapi Ramadhan fasa ke 2.

Friday, September 12, 2008

Stay tune~

Bekalan paling baik adalah TAQWA.
How to put it into practice?

Berbahagialah kerana Madrasah Ramadhan ada menyajikan
Kiat2 praktis utk menggapai ijazah taqwa~

Sunday, September 07, 2008

Tarhibu Ramadhan~Welcoming Ramadhan


Sedari hari ini, tanggal seminggu ummat islam menunaikan rukun islam yg ke 3. Bahtera Ramadhan sudah mengibarkan layarnya. Saya sempat menjadi musafir berkelana, bersahur dan berbuka di merata tempat. Melihat pelbagai ragam manusia, memberi peluang koreksi diri.

Dalam perjalanan sempat saya mengutip beberapa bahan yg saya kira berguna buat renungan Ramadhan kali ini.

Suka saya gariskan objektif utama berpuasa: GAINING TAQWA.

Thus, how to put it into practice?

1. Ikhlaskan ibadah puasa HANYA kerana Allah.
2. Fikirkan dan cari berita gembira yg Allah janjikan bg org2 yg berpuasa.
3. Rasai bulan ini membawa pahala agung, syafa3at, penghapusan dosa dan doa dikabulkan.
4. Mempelbagaikan ibadah, sesuai dgn petunjuk Rasul saw.
5. Fahami konsep puasa boleh meningkatkan iman, kekuatan fizikal dan memberi keberkatan masa.
6. Memahami cir2 Ramadhan. (Pintu syurga dibuka seluas2nya, pintu neraka ditutup & syaitan dibelenggu)
7. Merasai puasa suatu ibadah khusus dari Allah untuk hambaNya. DIA berhak memberi balasan.
8. Tahu bagaimana hebatnya para sahabat Rasulullah meraikan Ramadhan.
9. Tahu dan sedar kelebihan dan syafaat Ramadhan.
10. Tahu Ramadhan menjadi bulan turunnya kitab2. ( Injil - 1 Ramadhan, Zabur - 5 Ramadhan, AlQur'an - 17 Ramadhan)


Credits to una, she got the complete list. I just copied her notes as she got the ultimate speciality in paying a full attention to a lecture. (Syukran)

~Layari bahtera Ramadhan menuju destinasi TAQWA~

Allah tidak membiarkan bulan ini kosong dgn hanya ada objektif, tetapi diciptaNya lengkap dgn pakej pelan tindakan. Dalam bulan ini juga terbinanya tingkat2 menuju TAQWA antaranya:

1. Mu3ahadah > perbaharui perjanjian dalam diri utk berubah.
2. Mujahadah > melawan hawa nafsu.
3. Muhasabah > koreksi diri.
4. Muraqabah > rapat dan hampir dgn Allah, melalui ibadah.
5. Mu3aqabah > denda. (fidyah dan qadha')
6. Mudawwamah > berterusan ibadah.

"Man saama ramadhana imanan wahtisaaban, ghufiro lahu ma taqaddama min zanbih"

Tuntasnya, misi Ramadhan saya:

1. Tahan marah.
2. Talk no nonsense.
3. Tadabbur surah AlQiyamah.
4. Reciting 2 juz a day.
5. Ulangan hafazan juz 30.

Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat saya kerana saya ingin sekali duduk mengecapi hidup bebas dosa dan merasai nikmat kemanisan TAQWA.

Wallahua3lam~

Saturday, September 06, 2008

Catatan Perjalanan 2

~Eksplorasi bermula~

~Gaining stability on train~

~1st destination CENFOS: mengimbau memori~

~Program PERANTAU 08~

~Lokasi curahan tenaga, darah dan airmata~

~Jadilah dirimu bak air yg mengalir, Ulu Langat~

~Kembara ukhuwwah, Cheras~

~Menemui perindu, IPBA~


~Nile Books, Kl Sentral~

~Duyuf Tg Malim, melangsaikan hutang ( ^ ^ )~

"Allahumma inni a3uzubika min an adhilla au udhilla, min an azilla au uzilla..."


Thursday, September 04, 2008

.:BARAKAH:.

~Dakatrah to be~

Peluang menjejakkan kaki ke Pusat Bersalin & Poliklinik Barakah tidak di sia-siakan. Setengah hari menapak di sini membuka jalan dan menambah semangat saya utk terus belajar dalam bidang perubatan dan seterusnya berkhidmat sebagai pakar perbidanan dan sakit puan.

~Maternity Centre~

Melihat dan berbicara serba sedikit ttg pusat bersalin dan poliklinik ini yg dikelola oleh Dr Khairiah binti Seman menyuntik semangat dan melontar pandangan saya ke arah matlamat yg lebih jauh. Ummah, terutamanya golongan wanita perlukan pemahaman dan perhatian yg khusus terutamanya ttg perkara yg berkaitan keluarga dan kewanitaan itu sendiri.

Masyarakat terbina dari institusi keluarga dan keluarga adalah hasil dari gabungan 2 insan. Dari institusi inilah generasi baru terbentuk. Lemahnya wanita, pincanglah institusi keluarga, rosaklah generasi, runtuhlah masyarakat dan akhirnya buruklah tamadun dan bangsa.

~Dr Khairiah, berdiri paling kanan~

Menyedari hakikat ini, amat besarlah tanggungjawab bagi kita yg faham utk menyampaikan dan memberi kesedaran ttg peranan wanita dalam pembentukan generasi. Kita mahukan generasi rabbani yg lahir dari kesedaran iman dan tunjangnya taqwa. Justeru, pendekatan kesihatan amat cocok dan dilihat sgt berkesan dan efisyen utk menghampiri masyarakat. Di samping itu, kreateria islamik pada diri pekerja dipilih utk menjadi kakitangan pusat kesihatan ini bagi merealisasikan amal islami dalam seluruh aspek kehidupan.

~We at location~

Bagi sesiapa yg berminat utk mendapatkan khidmat kesihatan dari pusat bersalin dan poliklinik Barakah, di bawah adalah butir-butir maklumat ttgnya yg diperoleh daripada brochure barakah healthcare.

PUSAT BERSALIN BARAKAH
No 7, 9 & 11, Ground Floor, Lorong Sanggul 1F,
Bandar puteri, 41200,
Klang, Selangor.

Tel: 03- 51625622
Faks: 03-51626722

Doktor bertugas:
Dr Khairiah binti Seman
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan
BMSB (Flinders University of South Australia)
(MMed) O & G (USM)

Masa rawatan klinik pakar:
ISNIN
9 am - 5 pm / 8 pm - 10 pm

SELASA, RABU, KHAMIS
9 am - 5 pm

JUMAAT
9 am - 12.30 pm

AHAD
9 am - 1 pm

TUTUP: CUTI UMUM
EMERGENCY: 24 jam

LAIN-LAIN KHIDMAT YG DISEDIAKAN
1. Masalah haid
2. Masalah kesuburan
3. Perancangan keluarga
4. Ultrasound
5. Pap Smear
6. Keguguran
7. Fototerapi

~Alat pengimbas ultrasound 4D tercanggih antara pusat bersalin di Malaysia~

~Melawat Si Kecil Jaundice melalui fototerapi~

ISTIMEWA UTK SI IBU
Pakej bersalin di Barakah

PAKEJ FATIMAH (RM 1150)
4 katil sebilik (bilik berhawa dingin)

PAKEJ KHADIJAH (RM 1399)
1 katil sebilik (bilik berhawa dingin & peti sejuk)

Pakej termasuk:
~ Dikendalikan oleh Pakar Perbidanan & Sakit Puan (wanita)
~ 2 hari 1 malam termasuk makan dan minum bagi ibu.
~ Nurseri, ujian kumpulan darah, G6PD & suntikan wajib. (vit K, BCG, & HEP B1)
~ Pemeriksaan cTG (2 kali 10 min/sesi)
~ Kelengkapan peralatan dan keperluan ubat-ubatan asas bersalin.
~ Perawatan utk ibu dan bayi.


Berkira-kira untuk meneruskan perjuangan dalam bidang perubatan, ingatan kepada kata-kata makcik saya kembali menjengah. Terlintas dari dalam kepala ketika beliau melakukan 'brainwashing' terhadap kami sebelum kami berangkat ke Mesir untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini. Kami, saya dan kakak berat hati untuk ke Mesir gara-gara 'comfort zone' di UIA dalam bidang farmasi.

"Sudah menjadi FARDHU AIN keatas kamu utk mendalami bidang perubatan terutamanya sakit puan selagi bayi-bayi muslim yg lahir di Malaysia disambut oleh dr. lelaki!!!"

Hehehe, berjaya juga makcik saya mengeluarkan saya dari kepompong individualisme. Terfikir kembali utk menerajui bidang ini apabila saya sengaja menjawab speciality aptitude test.


Obstetric & Gynaecology (Perbidanan & Sakit Puan) jatuh di tangga kedua terakhir!!!! Gimana nih??

"Semua itu hanya di minda kita sahaja. Boleh atau tidak bergantung kpd kemahuan dan persepsi diri kita. Insya Allah, sebenarnya kita mampu melakukannya."

Dr. Mariam, pakar O & G di Shah Alam pula memberi kata-kata semangat apabila saya meluahkan ketidakupayaan dan kurangnya keyakinan saya utk menggalas O & G sebagai bidang kepakaran saya.

Terima kasih semua. Tidak kira apa yg akan berlaku, saya harus thabat! (Aduh, beratnya tanggungjawab! Baru belajar dalam preclinical yr...panjang lagi perjalanan...)

Doakan saya supaya berjaya menjadi pakar O & G ~ ( ^ ^ )


Sunday, August 31, 2008

Bebaskan Dirimu


Ku tahu dalam perjuangan hidupmu
mengharungi arus keremajaan ini
terkadang jiwa mudamu diulit kealpaan
hanyut dalam buaian perasaan
yang tidak berkesudahan
itulah fitrah orang muda

Dalam kesibukan menghadapi pelajaran
tanggungjawab pada agama
keluarga dan masyarakat
dirimu tetap tidak dapat lari
dari belenggu dan hambatan naluri mudamu
benarlah usia kuda banyak pancaroba
kehidupanmu yang terlalu padat dengan emosi
serta ilusi CINTA dan cita-cita

Namun, jangan biarkan dirimu
hanyut dek pergaulan yang tidak syara'
kerana percampuran tanpa batas itu
hanyalah KESERONOKAN PALSU
berusahalah muhasabah diri
dalam mengatasi kehawatan akhlak
serta jadilah seorang PUTERI
yang tinggi nilainya di sisi Allah
kekalutanmu menempis semua itu
pastinya dianggap satu MUJAHADAH
yang begitu mahal harganya

Anggaplah itu sekadar SEEKOR RAMA-RAMA
yang singgah untuk MEWARNAI HIDUPMU

Wahai diriku...
janganlah ikutkan kata hati
kerana hati yang beku dari mengingati Allah
tidak mungkin menunjukkan jalan yang benar
kembalilah semula pada asuhan dan didikan Allah
serahkan sepenuh hatimu
kerana di situlah tempatmu yang sebenar
semoga di situ kau kan dapat MEMBEBASKAN DIRIMU
dari kemelut perasaan yang berpanjangan................
10.15 pm -fitrah- 29 may 04

Sudah 51 tahun negara kita merdeka. Merdekakah kita? Apa erti kemerdekaan yg sebenarnya?

Jubah emas dari Tambunan
Bilakah pula tiba di Melaka
Jubli Emas jadi taruhan
Bilakah bila kita kan merdeka?

Eh, masih belum merdekakah kita? Habis, laungan MERDEKA tepat jam 00.00 31 Ogos setiap tahun itu apa?

Jubah Emas tiba di Melaka
Sulaman indah parang dan lada
Bilakah bila kita kan merdeka
Selagi Jahiliyyah bersarang di dada?

Merdeka atau bebas dalam erti kata yg sebenarnya dan dari kaca mata Islam adalah kemerdekaan mutlak dari sebarang perhambaan selain Allah. Selain itu, merdeka juga bererti bebas dari belenggu hawa nafsu dan penjajahan pemikiran jahiliyah.

Bagaimana mahu merdeka dari itu semua?

1. Kenali sifat nafsu, tuntutannnya dan dorongannya.
2. Kenali apa itu jahiliyyah, kesannya, akibatnya, perangkapnya dan cara menjauhinya.
3. Bezakan dan beramal dgn cara hidup Islam yg syumul. Tanpa mengenali Islam kita x akan dapat membezakannya.

Misi merdeka saya:
1. Babas dari sifat malas utk membaca buku fikrah.
2. Tahu, kenal dan bezakan jahiliyyah dgn Islam.

Jom merdekakan diri!!
Wallahu a3lam............

Saturday, August 30, 2008

Perantau Pulang

~Wahai pemuda dan pemudi harapan ummah, bercita-citalah kalian~


Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang

Sedih pilu hanya engkau yg tahu

Ingatlah ayah dan ibu

Janganlah menghiris hatimu

Kerinduan desa nan permai

Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda

Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkan sabda junjungan

Terus memburu menuntut janji

Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan

Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang


Oh pejuang

Di mana pun ada ketenangan

Di mana pun ada kebahagiaan

Bila insan kenal pada Tuhan

Kasih sayang dan pembelaanNya

Bagi insan yg menyerahkan

Jiwa dan raga, anak dan isteri

Kepada Allah



Untuk kalian,
Pemuda dan pemudi harapan ummah. Kalian merupakan generasi hadapan.

"Kuharap pemuda inilah yg akan sanggup
Membangunkan zaman yg baru
Memperbaharui kekuatan iman
Menyalakan pelita hidayah
Menyebarkan ajaran Khatimul Anbiya' "
[MUHAMMAD IQBAL]

"Wahai generasi harapan Islam! Sesungguhnya kebahagiaan itu terletak dalam istiqamah (komitmen dgn ajaran Islam) dan beramal soleh."
[DR. 'AIDH ALQARNI]

"Ya Allah, sediakan bagi ummat ini para pemuda yg mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang terdahulu sebelum mereka. Semoga merekalah orang-orang yg akan mengembalikan daulah islamiyah, kemuliaan dan keagungan bagi ummat Muhammad."
[DR. ABDULLAH NASIH ULWAN]

"Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda yg tidak tidur lena memikirkan masalah ummat."
[AS-SYAHID IMAM HASSAN ALBANNA]

"Golongan muda yg suci hatinya dari segala noda, bersih hatinya dari segala dosa dan menjauhi adat lapuk pusaka usang jahiliyyah. Mereka dididik dgn didikan Islam yg sebenar dan aqidah tauhid yang sejati dan kemuliaan Islam serta berada di dalam barisan yang bersatupadu dan tersusun."
[MUHAMMAD AHMAD AR-RASHID]


Moga IMAN perisai kemuliaanmu
Moga TAQWA pembenteng peribadimu
Moga JANNAH menjadi milikmu......

Motto kali ini: "Memperkasa D & T melalui institusi"

Tuesday, August 26, 2008

58, 458

~Ibu segala pilihan raya kecil~

.....bilangan pengundi berdaftar hari ini, keluar membuang undi bagi menentukan siapakah yg layak menjadi wakil Parlimen Permatang Pauh, P44 di Dewan Rakyat. Pilihan raya kecil ini diadakan kerana bekas ahli perlimennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi yg dimenangi beliau ketika Pilihan Raya Umum 8 Mac yg lalu bagi memberi laluan kepada suami beliau, DSAI untuk kembali semula ke parlimen. DSAI yg dahulunya pernah mewakili parlimen ini selama 4 penggal, pada hari ini menghadapi saingan dari 2 pihak lagi (calon Barisan Nasional-BN dan calon Angkatan Keadilan Keadilan Insan Malaysia-AKIM).

Mengapakah pilihanraya kecil ini dianggap ibu kepada segala pilihan raya kecil?

[Petikan dari BH]

Seperti mana-mana pilihan raya kecil sebelum ini, keputusan kerusi Permatang Pauh tidak
banyak banyak merubah kedudukan di Dewan Rakyat. Sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), DSAI, yg banyak pihak meramalkannya mempunyai peluang cerah memenanginya, kerusi Pakatan Rakyat tidak bertambah. Jika calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah menang pun, BN masih memerlukan 7 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Namun, itu hanyalah dari segi kedudukan kerusi di Dewan Rakyat sedangkan dari segi politiknya, keputusan di Permatang Pauh nanti akan menjadi kayu ukur kepada kedua-dua pihak mengenai kedudukan mereka setelah hampir 6 bulan rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, kerana Permatang pauh adalah kubu kuat PKR dan amat sinonim dgn DSAI, tekanan tentunya kpd PKR. Sebaliknya, jika BN yg sejak dari awal lagi menganggap amat sukar untuk menawan Permatang Pauh, meningkat undinya dari apa yg diperoleh pada Mac lalu, ia sudah boleh dianggap satu kejayaan.

10.45 pagi: Anwar yang berucap sebaik sahaja keluar dari tempat pengundian menyatakan pilihan raya hari ini bukanlah pilihan raya antara dua calon daripada parti yang berbeza, tetapi pilihan raya antara jentera kerajaan dengan dirinya.

Sementara itu, beliau yang ditanya media mengenai kes liwat yang dihadapinya, katanya buat masa ini fokus untuk beliau untuk menang dalam pilihan raya ini.

Katanya, perkara tersebut akan diperhalusi selepas pilihan raya berakhir.


9.50 malam:Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi. [HarakahDaily]

Thursday, August 21, 2008

May Allah bless you always

~She, graduated from PASTI 1997 ~

August 2008. Too many occasions happened. From the virtuous month of Sha3baan, the big Olympic games, summer breaks, school holidays, wedding ceremonies, graduation days, to the celebrations of birthday for those who born in this month. August bring 6 from our qabilah to complete their age in the calendar of this year. So, for all of them, may Allah bless ur day, get the very best of luck and live a happy life. For Allah had provided us with many things, which we in return have to be grateful and praise HIM a lot! Alhamdulillah~

13th anniversary for Solehah Khairuddin - 13th August 08
14th anniversary for Maryam Kamilah Ahmad Sani - 17th August 08
17th anniversary for Nuruljannah Ahmad Sani - 21st August 08
23rd anniversary for Uswah Khairuddin - 22nd August 08
24th anniversary for Suhaib Khairuddin - 26th August o8
8th anniversary for Muhammad Al-Fateh Kamal - 30th August 08

*if there is someone off-listed, please inform me ok?

Bagi pelajar biasa, usia 17 tahun membawa pelbagai peristiwa menarik, tidak kurang juga kisah sedih. Melalui peperiksaan SPM-bg mereka ketika itu peperiksaan penentu masa hadapan..betul ke?, bersedia utk melangkah ke menara gading, meninggalkan persekolahan dan rakan2 dan macam-macam lagilah yg x tersempat saya senaraikan. Dan hari ini, adik saya, secara rasminya menjadi golongan sweet 17th. :D Oh, sudah besar panjang adikku ini..(mmg besar dan panjang dari saya :P)

Pening dia bila memikirkan ke mana arah tujunya selepas SPM. Tercabar juga dia bila 2 kakaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir. Baginya, oversea sesuatu yg mencabar dan memberi minda optimis. Sebab itu cuba dia bersungguh-sungguh mencapai targetnya dalam SPM - 12A. Tetapi mampukah dia? Itu yg menjadi persoalan utama.

Adikku,
Mampu atau tidak, bermula dari diri sendiri. Sikap malas tidak akan membawa kita ke mana-mana. Ruyung itu mesti dipecahkan! Jika kita melakukan benda yg sama, akan mendapat natijah yg sama. So, perlu kepada usaha yg luar biasa, barulah dapat mencapai perkara yg berbeza. 12A semasa percubaan SPM saya menjadi bahan bakar semangatnya. Bayangan medic sukar utk hilang dari dirinya.(Cita-citanya mmg ke arah bidang perubatan) Tetapi dia mahukan kelainan. Tak mengapa adikku, medic atau engin itu pelan jangka panjang. Yang penting keputusan SPMmu. Mungkin dia agak tertekan dgn pencapaian kakak-kakaknya. Itu belum di kira persediaannya melangkah ke menara gading...huhuhu. Moga Allah sentiasa memudahkan dan memberi kekuatan kpdmu adikku.

~Kami mempunyai muka yg iras-iras sama, but u've copied mine coz i born 1st :P~

Adikku..siapa dia? Mengikut pengamatan saya dia yg lahir pada bulan Ogos:

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


So, either they are true or not, Allah knows BEST! Good luck my dear sister, do your very best, let Allah take care of the rest. Biasalah bila org membanding-bandingkan kita adik-beradik. Tp ingat! Allah tidak memandang pada rupa parasmu, pangkatmu dan pencapaianmu, tetapi apa yg Allah kira adalah hatimu. Jom menuju syurga dgn study!


Tuesday, August 19, 2008

Ala bizikrillahi tathmainnul qulub



When starting to do something
Bismillah

When intending to do something
In ShaAllah

When something is being praised
Subhanallah

When in pain & distress
Ya Allah

When expressing appreciation
Ma ShaAllah

When thanking someone
Jazakallah

When awakening from sleep
La ilaha illallah

When sneezing
Alhamdulillah

When someone else sneezes
Yarkamukallah

When repenting of a sin
Astaghfirullah

When taking oath
Wallahi wa billahi

When giving charity
Fi sabilillah

When having love for someone
Lihubbillah

When parting from someone
Fi amanillah

When a problem arise
Tawakkaltu 3alallah

When pleasantness appears
Fatabarakallah

When unpleasantness apppears
Na3uzubillah

When participating in prayer
Ameen

When getting married
Aamantu billah

When hearing undesirable thing occur
Inna lillahi wa inna ilayhi raji3uun


Wallahua3lam..... [Ar-Ra3du:28]

Monday, August 18, 2008

Catatan Perjalanan 1

Picture tell 1001 of stories
-Kenduri Joyah & Firdaus (anak menakan nenek)-
27 July 2008

~Geng budak2 yg tgk GBS 6 kali sehari :P~

~Nenek yg sporting~

~Yahya 3iyash~

~Geng ibu2 dan bakal ibu :P~

~A photo of 1/6 cucu nenek~

~Salahuddin~

~Nadrah~

~Nur Faqihah~

1. Apabila bersua dgn kanak-kanak, anggaplah dia lebih bersih dan mulia drpd kita kerana belum mempunyai dosa berbanding diri kita.

2. Apabila bersua dgn org tua, anggaplah dia lebih mulia drpd kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kpd Allah.

3. Apabila bersua dgn org alim, anggaplah beliau lebih mulia drpd kita kerana banyak ilmu yg dia ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

4. Apabila bersua dgn org jahil, anggaplah dia lebih mulia drpd kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa tetapi memiliki ilmu.

5. Apabila bersua dgn org kafir, katakan dalam hati bahawa suatu hari mungkin dia akan insaf dan memeluk islam. Maka semua dosa yg dilakukan sebelum masuk islam akan diampunkan oleh Allah swt. Sedangkan kita yg telah islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa. Banyak mana dosa dan pahala tidak dapat kita pastikan.

-Imam AlGhazali-

~Moga Allah bantu dalam perjalanan hidup ini~

Sunday, August 17, 2008

Sanah Helwa ya Kaamilah~ ( ^ ^ )

~My 2nd youngest sister~

Tanggal tarikh hari ini, genaplah 14 tahun adik perempuan terakhirku wujud sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Semoga keberadaanmu dlm keluarga kita seterusnya dunia mampu mewujudkan suasana tarbawi hasil pemahamanmu ttg Islam dan Dakwah. I'm counting on you my sis! Together we bring Islam back!

~Pizza Sosej, jamuan~

Below are characteristics of Augustians listed by Dato' Dr. Fadzilah Kamsah based on his research and surveys. If you want to believe it or not, it's up to you. For me, sometimes this can bring motivations and some characters are slightly right.

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

Maryam: Bila korang balik je baru kami dapat best2.

Maddin: Harijadi Maryam tahun ni makanan best. Mesti sbb korang balik.

Saya: -senyum- Dalam hati- sengaja ummi dan ayah buat begini (raikan bila kami berkumpul beramai2) supaya kami semua adik-beradik merasai dan berkongsi kegembiraan. Biar ketawa dan menangis bersama. Dgn siapa lagi..... adik-beradik ada 5 orang je.. (^ ^)

Istimewanya hari ini, 2 jemputan kenduri kahwin saya hadiri. Dan saya juga sempat menjala ikan dan memetik rambutan di rumah Tok. Ada nada sedih dalam keluhan tok bila anak-anaknya yg duduk berjauhan tiada seorangpun yg menelefon utk memberitahu berita kepulangan mereka ke kampung. Apa lagi tok, kami balun la rambutan ni ye.. Takkan nk biar kering atas pokok kn? Sayang....

~Plucking rambutans with her, dapatla jugak sebakul~

~Hasil jalaan Cik Man, kiri ikan kap, kanan ikan tilapia merah~

Saturday, August 16, 2008

Nikahun Mubarakun


Apa yg ada pada sebuah perkahwinan?

1. Pengerat silaturrahim antara keluarga.

2. Hebahan ttg pembinaan 'masjid'. Jika tidak fitnah akan tersebar rata.

Rasulullah saw bersabda: " Tiadalah aku tinggalkan setelah aku selain fitnah yg berbahaya bagi lelaki daripada wanita" (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi & Ibnu Majah)

3. Jalan yg menghalalkan yg haram.

" Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yg keji dan jalan yg buruk" [Al-Isra':32]

4. Melangsungkan percintaan yg bermaruah.

Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada yg lebih patut bagi 2 org yg saling mencintai kecuali nikah" (Riwayat Ibnu Majah)

~Merpati 2 sejoli~


Simboliknya perumpamaan ini, sepasang merpati membawa simbol kebebasan. Bebas daripada belenggu zina, bebas dari bisikan syaitan dan runtunan hawa nafsu. Benarlah firman Allah:

" Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan, kecuali nafsu yg diberi rahmat oleh Tuhanku." [ Yusuf:53]

Dari Abu Huzaifah r.a, dari Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah swt menetapkan utk anak Adam bahagiannya dari zina, yg pasti akan mengenainya. Zina mata dgn memandang, zina lisan dgn berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yg akan membenarkan atau mendustakan semuanya." (Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Tentang zina juga Rasulullah saw bersabda lagi:
"Kedua-dua tangan juga berzina, dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman." (Riwayat Muslim & Abu Daud)

Dan tarikh 16 Ogos 2008 menjadi saksi pembebasan 2 insan, Asma' Abdullah dan Ahmad Syazwan Ahmad Nordin di Yan, Kedah. Sekali lagi, jemputan ini tidak dapat saya penuhi gara-gara berlangsungnya 5 majlis perkahwinan di kawasan sekitar rumah saya. (Sedih & rasa bersalah pon ada)

Buat pasangan mempelai (bakal mempelai pun boleh :P) ingin saya kongsi sedikit isi dari makalah Mustafa Masyhur berkisar tajuk
"Tegakkanlah Rumahtangga Muslim". Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.

1. Perkahwinan itu adalah ibadat.

Meneruskan misi keberadaan kita didunia.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu." [AzZariyat: 56]

2. Perkahwinan itu adalah saling percaya mempercayai.

Asas rumahtangga bahagia salah satunya adalah sifat saling mempercayai. Bertitik tolak dari sinilah keserasian dan 'understanding' wujud. Akhirnya perkara halal yg paling dibenci Allah dapat dielakkan.

3. Perkahwinan itu adalah syarikat yg dipimpin oleh sang suami.

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka". [An-Nissa’: 34]

4. Perkahwinan itu adalah tanggungjawab dan amanah.

"Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..."[At Tahrim : 6]

5. Rumahtangga muslim itu merupakan risalah.

Rumahtangga Muslim merupakan pusat aplikasi pendidikan dan kefahaman Islam dari peringkat sekecil anak hingga sebesar-besar tanggungjawab seorang ayah.

6. Rumahtangga muslim sbg markaz memancarnya cahaya.

Setiap ahli keluarga memainkan peranan sekaligus membawa mesej Islam ke kawasan kejiranan, sekolah dan tempat kerja. Dari sinilah Islam boleh berkembang dan tertegak!




Akhir kata, salam mahabbah dari saya buat pasangan pengantin. Moga rumahtangga yang dibina sedaya upaya menjadikan dasarnya taqwa dan tiangnya kasih-sayang. Gegarkanlah dunia dgn kombinasi keupayaan antum. Moga dipermudahkan segalanya!~

Wallahua3lam..